JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, April 2, 2010

STACY SIBUK DENGAN STATUS PELAJAR



Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

STACY yang sejak 1 Mac lalu mendaftar di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya dalam bidang diploma Muzik dan Bunyi mengakui permulaan membiasakan diri sebagai pelajar berdepan dengan kesukaran. Bagaimanapun lama kelamaan, rutin pengajian penyanyi lagu Gagap itu kembali teratur.

“Peluang belajar ini akhirnya dapat juga diteruskan biarpun soal masa cukup mencemburui niat saya sebelum ini kerana komitmen seni. Saya bersyukur kerana akhirnya ia menjadi kenyataan. Saya tak nafikan di awal saya menjadi pelajar banyak masalah timbul.

“Saya pun susah nak memenuhi undangan membuat persembahan di luar Kuala Lumpur terutama pada hari Isnin hingga Jumaat. Ada kalanya sesi fotografi bersama rakan media pun tak dapat dipenuhi. Soal masa memang perlu berkompromi. Saya hanya bercuti pada hujung minggu saja,”
katanya yang mengambil empat subjek untuk semester ini dan secara keseluruhannya pengajian terbabit mengambil masa selama dua tahun.

Dalam perkembangan lain, Stacy bakal muncul dengan single terbaru yang dirakamkan Februari lalu. Lagu berjudul Jahat dan berkonsepkan pop dance itu mendapat sentuhan Edry Abdul Halim. Selain itu, Stacy masih memenuhi undangan membuat persembahan yang diuruskan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

Mengenai pencalonan ABPBH 2009 dalam kategori Penyanyi Wanita Popular, penyandang Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2008 ini mengakui persaingan di antara calon lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Mila, Yuna dan Jaclyn Victor memang sengit.

“Sejujurnya saya tak nafikan selain bersyukur dicalonkan, saya juga mengharapkan tuah supaya kategori itu menyebelahi diri sendiri. Ada rezeki adalah. Datuk Siti Nurhaliza sendiri diakui potensinya memang cukup kuat dalam kategori terbabit.

“Begitu juga yang lain kerana semuanya bergantung kepada kelompok peminat masing-masing. Saya sendiri berterima kasih kerana ini bukan saja tahun kedua saya dicalonkan sebaliknya diberi peluang untuk membuat persembahan bersama Adam,”
katanya yang turut melobi kepada peminat untuk terus mengundi di laman sesawang.

Tak sah jika soalan mengenai Akim tidak ditanya kepada penyanyi bernama penuh Stracie Angie Anam ini. Kata Stacy, dia bimbang gosip cinta yang timbul itu akan menjejaskan ikatan persahabatan mereka yang. Malah, Stacy memohon pengertian masyarakat bahawa tidak semestinya rapat itu memberi kesimpulan sudah bercinta.

“Kalau boleh saya tak nak rosakkan ikatan persahabatan yang sedia terjalin antara kami sekali gus boleh mewujudkan situasi tak selesa. Buat masa sekarang Stacy rasa soal cinta itu masih terlalu awal untuk diperkatakan.'

“Apa yang boleh saya katakan, Akim seorang kawan yang baik. Dia pun ‘gila-gila’ macam saya. Kami serasi dalam banyak perkara. Saya selalu percaya kepada pepatah, berkawan biar seribu, berkasih biar setia pada yang satu. Musuh pula jangan dicari,”
katanya yang sudah dua tahun berada di arus perdana.


(Petikan dari akhbar Berita Harian)



No comments:

Related Posts with Thumbnails