JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, September 4, 2010

LAMAN WEB BINTANG AF DI AESB DAH MUNCUL


Petikan daripada artikel @ Murai.com

Diam tak diam, rupa-rupanya laman sesawang bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) iaitu www.aftalents.com.my sudah pun dilancarkan sejak tarikh 27 Ogos yang lalu.

Yang kasitau benda ni pun teman-teman Murai Batu jugak. Punyalah dia suka tengok laman sesawang tu.

Apa tidaknya, selain memaparkan maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti semua penyanyi di bawah naungan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), ia juga digunakan menyertakan rekod pencapaian jadual, muat turun gambar, lagu dan muzik video tentang bintang AF yang berkenaan.
 
Syabas buat AESB. Murai Batu rasa tindakan mereka mewujudkan laman sesawang ini memang cukup baik sekali serta kena pada masanya. Setidak-tidaknya, ia boleh dijadikan platform untuk mengetengahkan lagi bakat seni bintang-bintang AF yang berada di bawan naungan anak syarikat Astro ini.
 
Lagipun, masyarakat kita memang gemar melayari jalur lebar untuk mengikuti segala pekembangan terbaru mengenai dunia hiburan tanah air. Dengan, adanya laman sesawang bintang AF seperti Mawi, Hafiz, Akim, Aril, Stacy, Shahir, Adira, Ema, Anum, Ain, Iwan dan Maulana ini, ia dapat memberi peluang kepada peminat untuk mendekati mereka dengan lebih pantas lagi.

Lagi satu, kalau sesiapa nak buat sebarang tempahan jadual persembahan setiap penyanyi di bawah naungan AESB seperti acara makan malam, konsert mahupun drama atau filem boleh dibuat secara 'online booking'. Sila layari http://www.aftalents.com.my/




No comments:

Related Posts with Thumbnails