JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, September 25, 2010

RUGI RM14 RIBU ~ STACY DITIPU PENGURUS SENDIRI


(Petikan artikel daripada majalah Media Hiburan keluaran 25 Sept-1 Okt 2010)


Harapkan pagar, pagar makan padi.... itulah situasi yg berlaku kepada penyanyi cilik, Stacy apabila orang yg diharapkannya utuk membantu menyelesaikan urusan peribadinya tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Sebaliknya, duit yg sepatutnya digunakan untuk urusan pembayaran rumah lesap begitu sahaja. Dek kerana itu, Stacy kerugian hampir RM14 ribu. Lebih menyakitkan lagi apabila kejadian tersebut terbongkar beberapa bulan sebelum dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20.

Mengetahui sahaja tindakan individu tersebut yang juga merupakan salah seorang pengurus artis, Stacy  lantas membuat laporan polis.

"Kalau boleh saya tidak mahu kes ini diperbesar-besarkan. Apa yg boleh saya katakan, kes ini sudah dilaporkan kepada pihak polis dan masih belum selesai.

"Namun dalam masa yg sama saya juga ada berbincang dengannya untuk menyelesaikan masalah ini secara baik, " jelas Stacy yg enggan memberikan komen lebih lanjut.


Dalam pada mempersiapkan diri dengan perancangan yg diatur pihak pegurusannya, Stacy dalam diam-diam sudah memiliki syarikat sendiri yang diberi nama Angiez Entertainment.

"Syarikat ini baharu sahaja ditubuhkan awal tahun ini dan belum bergerak aktif lagi.


Nak mengetahui cerita selanjutnya, jangan lupa dapatkan majalah Media Hiburan terbaru di pasaran sekarang.



 

No comments:

Related Posts with Thumbnails