JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Thursday, September 16, 2010

STACY @ MASIF 2010


Oleh ABD. AZIZ ITAR
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


BARISAN penyanyi yang akan menjayakan MASiF 2010 (dari kiri) Reshmonu, Mimi, Khadijah Ibrahim, Stacy dan Amy menaruh keyakinan festival itu mampu mengangkat martabat bidang seni tempatan.


TAHUN ini industri muzik, seni dan fesyen tempatan mencipta sejarah dan ruangnya yang tersendiri apabila Festival Muzik, Seni, Fesyen Antarabangsa (MASiF 2010) buat julung-julung kalinya dianjurkan.

Festival yang akan diadakan di sekitar pusat membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur dari 15 hingga 19 September ini bukan setakat mahu bertapak dalam industri muzik, seni dan fesyen di negara ini semata-mata.

Sebaliknya, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MASiF 2010, Sofia Akzan Amir, pihaknya mempunyai perancangan untuk membawa festival itu bagi dipromosi serta dianjurkan di negara-negara lain pada masa akan datang.

"Untuk kali pertama festival ini dianjurkan biarlah ia diadakan di negara ini. Pada masa akan datang kami merancang untuk mengadakannya di luar negara dengan membawa sekali para penggiat seni yang terbabit bersama produk mereka.

"Melalui cara itu, golongan ini akan berpeluang mempromosi serta memasarkan produk masing-masing di negara tempat festival ini diadakan kelak," katanya ketika ditemui Hits di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

MASiF 2010 dianjurkan oleh Bumiputera Designers Association dengan kolaborasi Majlis Muzik Malaysia, Art Malaysia, Saphire Screen Sdn. Bhd., Pavilion Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Bernama TV.

Menerusi festival yang akan diadakan secara percuma kepada orang ramai itu, ia dipecahkan kepada tiga kategori iaitu persembahan nyanyian artis, peragaan fesyen dan seni-seni lain termasuklah lukisan dan tarian.

Dalam bidang muzik misalnya, antara artis yang akan menjayakan persembahan terdiri daripada Datuk Khadijah Ibrahim, Zainal Abidin, Amy Search, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Reshmonu, Mimi (One Nation Emcee) dan Stacy.

Selain mengadakan persembahan, Khadijah Ibrahim yang juga Pengerus MASiF 2010 berkata, festival itu merupakan medan buat para penggiat seni mempromosikan album masing-masing kepada para pengunjung.

Katanya, festival yang akan diadakan secara besar-besaran itu juga mampu menarik ramai pengunjung termasuklah para pelancong dari luar negara kerana ia akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan negara ini.

"Setiap peserta seperti penyanyi dan pereka fesyen yang terbabit dalam MASiF berpeluang mempromosikan produk masing-masing di mana ini merupakan festival yang menggabungkan muzik, fesyen dan seni bertaraf dunia.

"Mana tahu sewaktu muncul di festival ini ada pihak dari luar negara yang berminat untuk mengetengahkan bakat-bakat seni artis-artis kita di luar negara, ia suatu peluang yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja," ujarnya.

Elemen muzik

Penyanyi Amy Search yang dijemput menjayakan festival itu berasa bangga kerana ia dapat menyatukan elemen muzik dan fesyen dalam dirinya untuk dipersembahkan kepada para peminatnya kelak.

"Dalam diri saya elemen muzik dan fesyen berjalan seiring. Melalui festival ini, para peminat bukan setakat menghayati lagu-lagu nyanyian saya tetapi juga fesyen yang akan saya pakai pada persembahan saya.

"Ia bukan sahaja suatu pendedahan buat diri saya tetapi juga kelainan buat para peminat saya serta para pengunjung yang akan mengikuti festival selama lima hari dengan pelbagai aktiviti membabitkan muzik, seni dan fesyen," katanya.

Penyanyi angkatan baru, Stacy pula tidak melepaskan peluang apabila dijemput oleh pihak penganjur mengadakan persembahan pada festival itu yang mampu menjulang aspirasi rakyat Malaysia melalui seni dan budaya.

"Ini adalah festival muzik, fesyen dan seni peringkat antarabangsa yang pertama saya. Saya harap akan mendapat banyak pendedahan melalui festival ini. Mana tahu penganjur berminat membawa saya ke festival ini lagi jika ia diadakan di luar negara," impinya.

Selain bidang muzik, MASiF 2010 juga mengetengahkan para pereka fesyen terkenal tanah air antaranya Datuk Tom Abang Saufi, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Rahman Sarif, Nazari Maarus dan Faizell Azraff.

Sementara karyawan seni yang terbabit dalam seni tampak, halus dan fesyen yang akan menjayakan festival itu seperti Harris Ribut, Ismail Baba, Zaim Durulaman, Alisa Wan, Patrick Lazak dan Rashid Yusof.

Sebarang maklumat berhubung festival yang dianjurkan sempena sambutan Hari 1Malaysia itu sila hubungi Sharmillah Saleh di talian 010-367 0057 atau layari laman sesawang http://www.masifestival.com/.



No comments:

Related Posts with Thumbnails