JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, September 10, 2010

SALAM LEBARAN 1431 HIJRAH




Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijrah kepada semua pengunjung setia blog ini. Di kesempatan ini, aku menyusun jari sepuluh memohon maaf di atas salah silap yg mungkin berlaku tanpa aku sedari...Maaf Zahir Batin.

Mohon maaf jika ada yg terasa dengan teguran, kata-kata atau perilaku ku yg tujuannya hanya satu iaitu untuk menjaga keharmonian blog ini. Dalam masa yg sama, perlu juga menjaga hati Riz & Stacy.. atau dengan kata lain, tidak mahu ada kritikan negatif yg cuba mengaibkan mereka. Blog ini hanya untuk penyokong-penyokong setia mereka sahaja...bagi yg sebaliknya @ 'anti' mereka, di sini bukan tempat anda...!!

Mohon maaf jika ada yg 'bengang' dengan tindakan yg aku lakukan... aku lakukan semua itu dengan bersebab. Anda boleh mengkritik tetapi bukan mengutuk. Kritik dan kutukan adalah dua perkara yg berbeza... sila fahami perbezaannya dahulu sebelum anda meluahkan pendapat...

Seperti yg telah aku nyatakan, Riz & Stacy sama sekali tidak terlibat dalam penghasilan blog ini. Anda jangan beranggapan mereka akan membaca mesej-mesej anda di sini(kalau baca, Alhamdulillah..hehe).. anggap saja anda cuma luahkan apa saja tentang mereka di sini.. namun, masih ada batasnya...okey.. jangan marah jika ada antara mesej tersebut tiba-tiba 'hilang'... pasti ada sebabnya ia tiba-tiba lenyap begitu saja....cuba fahami pendirian aku tentang blog ini..ok...


Terima kasih di atas sokongan yg telah anda berikan kepada blog ini. Apa yang pasti anda memang peminat setia Riz & Stacy....jika sering menjadikan blog ini antara persinggahan wajib anda, selain daripada blog rasmi Rizfc dan Stacyfc...thank you so much!


Apa yg aku harapkan, anda semua akan terus memeriahkan blog ini. Tanpa anda, apalah yg ada pada blog ini... kann.. hehehe..


Yang paling penting, teruskan sokongan anda pada mereka(terutamanya Riz yg masih berusaha untuk 'menempatkan' lagu-lagunya di corong-corong radio). Dalam masa yg sama teruskan sokongan padu anda untuk perjalanan karier Stacy yg semakin bersinar.


Selagi hayat dikandung badan, aku akan terus memberikan sokongan yg tidak berbelah bagi kepada Riz & Stacy...InsyaAllah...


Akhir kata.....sekali lagi diucapkan....

SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments:

Related Posts with Thumbnails