JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Wednesday, September 8, 2010

STACY @ MEDIA HIBURAN 11-17 SEPTEMBER 2010


Stacy Tumpang Gembira Di Hari Raya


Meskipun tidak menyambut 1 Syawal, Stacy mengakui yang mana setiap tahun dia pasti dapat meraikannya bersama sepupu dan saudara-mara yang beragama Islam.

“Walaupun saya tidak menyambut 1 Syawal, tapi setiap kali Hari Raya saya akan meraikannya bersama-sama dengan sepupu dan saudara-mara lain yang beragama Islam.

“Bila setiap kali raya, saya akan berkunjung ke rumah mereka, dan saya juga pasti akan minta bungkuskan kuih raya yang ada,” cerita Stacy sambil tergelak.


Dalam pada itu, Stacy juga pernah merasai sendiri pengalaman membuat persiapan menyambut Hari Raya di rumah saudaranya.

“Masa saya di tingkatan tiga, saya pernah rasa macam mana suasana ketika di malam raya. Ketika itu saya tinggal di rumah saudara. Malam raya tu, saya tolong mereka kemas rumah dan membuat kuih raya. Memang seronok sampai tak tidur pun.

“Pada pagi raya pula, saya dah bangun awal dan bersiap dengan persalinan baju raya yg disediakan oleh saudara saya. Ketika itu saya dapat lihat kanak-kanak dan ibu bapa mereka berjalan menuju ke masjid untuk sembahyang hari raya,”tambahnya yang menggemari juadah rendang dan lemang.

**Untuk mengetahui lebih lanjut, dapatkan Media Hiburan terbaru di pasaran sekarang!

No comments:

Related Posts with Thumbnails