JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, May 28, 2010

LAGU JANJI BUKTI CINTA AKIM PADA STACY!


(Petikan daripada Murai.com)


Sejak Murai Batu dedahkan kisah cinta juara AF7, Hafiz dengan Fifi Azman yang sekarang ini dah pun berakhir sekerat jalan, banyak peminat yang mula meluahkan rasa tak puas hati.

Kata diaorang, kenapa Murai Batu asyik fokus pasal percintaan Hafiz saja. Kenapa tak uar-urakan pula tentang kisah cinta yang sudah sekian lama terjalin di antara Akim AF7 dengan juara AF6, Stacy.

Beginilah, bukan Murai Batu tak nak cerita pasal hubungan Akim dengan Stacy sebelum ini. Tapi, korang nilaikanlah sendiri tentang diaorang berdua ni. Bercinta, bercinta jugak. Tapi, bila masuk bab kerja, masing-masing akan bagi komitmen yang tip top serta tidak berbelah bagi. Pendek kata, kerjaya dan soal cinta dapat disatukan dengan cukup seimbang.

Bukan setakat itu saja, Murai Batu dapat tahu, baik Akim mahu pun Stacy, kedua-duanya juga saling melengkapi di antara satu sama lain. Maksu Murai Batu bukan dari sudut emosi dan perasaan semata-mata tetapi juga dari sudut persaingan untuk jadi yang lebih terbaik menerusi genre muzik masing-masing. Kelaskan?

Memanglah keluarga Akim dan Stacy tak setuju dengan hubungan cinta masing-masing sekarang ini. Itu, Murai Batu tak nafikan. Tapi kedua-dua mereka memang ikhlas berkawan serta serius menyayangi di antara satu sama lain.

Apa yang Murai Batu dapat tahu, Akim sangat tertarik dengan Stacy kerana dia seorang perempuan yang bijak berdikari serta tahu apa yang dia mahukan dalam hidupnya. Akim pula walaupun setahun lebih muda dari Stacy tapi pemikirannya agak dewasa. Tak macam budak-budak seperti yang kita kenal setiap kali berjumpa dengan dia di luar sebelum ini.

Disebabkan Stacy juga, Akim banyak mengubah sikap buruknya. Begitu juga dengan Stacy sendiri. Kalau korang nak tahu lagu Janji yang Akim nyanyikan tu memang ditujukan khas untuk Stacy yang dikasihinya. So sweetkan?

Apapun, kita tengok sajalah apa kesudahan mereka cinta mereka nanti. Mereka pun masih muda lagi. Perjalanan hidup mereka pun masing jauh lagi. Yang penting, masing-masing diminati kerana bakat dan suara mereka yang tersendiri.

MURAIBATU: Selamat Hari Wesak untuk semua penganut Buddha.



**BOLEH PERCAYA KE KEBENARAN ARTIKEL NI? RASANYA MEREKA HANYA BERKAWAN RAPAT TAPI TIDAK BERCINTA PUN.

No comments:

Related Posts with Thumbnails