JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Thursday, May 6, 2010

RIZ~STACY@HAI 7 MEI 2010


RIZ KECEWA

Oleh Ruhaya Ab Hamid
Foto Jeffri Iran


BERJAYA menghasilkan album dengan titik peluh sendiri menjadi kebanggaan artis. Begitu juga dengan penyanyi yg sedang meningkat naik, Riz.

Namun perasaan bangga dan gembira yg dirasai Riz tidak berpanjangan apabila lagu-lagu yg dipertaruhkan di dalam album solonya itu tidak dapat menarik perhatian stesen radio.

Riz ternyata kecewa dengan perkara tersebut. Namun semangatnya tidak sesekali luntur untuk terus berusaha agar lagunya dimainkan di stesen-stesen radio popular.

“Sekarang ini saya sedang sibuk mempromosikan album terbaru yg telah dilancarkan pada Disember lepas. Single pertama berjudul Bermula Semula sudah pun diputarkan di radio dan akan muncul dengan single kedua, Harus Ku Yang Pergi.

“Apa yg buat saya agak kecewa, tidak banyak stesen radio yg mainkan lagu saya. Walaupun saya sendiri yg pergi dan beri album tersebut pada mereka, tetapi nampaknya lagu-lagu saya masih belum jadi pilihan untuk diputarkan.

“Begitu pun, saya tidak sesekali akan berputus asa untuk terus mengadakan promosi. Hanya satu yg saya harapkan agar ada stesen radio yg sudi siarkan lagu saya supaya peminat dapat dengar dan menyukainya.

“Rancangan saya selepas ini adalah untuk memperbanyakkan rangka promosi. Biarpun syarikat Wake The Baby yg bertanggungjawab dalam soal promosi, saya juga akan bersama-sama mereka dalam promosi tersebut,” ujar Riz.

Credit to Azlandaniel@Facebook

Hilang

Dalam kesibukan menyiapkan album dan menjalankan promosi, penyanyi kelahiran program realiti popular, Akademi Fantasia musim keenam ini dikatakan menghilang dalam industri seni suara.

Bagaimanapun, Riz yg ditemui HAI baru-baru ini menjelaskan tentang kehilangannya itu.

“Saya tidak menghilang ke mana-mana. Seperti yg semua orang tahu, membina kerjaya dalam industri seni boleh dikatakan macam air pasang surut.

“Ada masanya artis itu mendapat perhatian kerana kerjaya atau kontroversi dan ada ketikanya dia menyepi mungkin kerana urusan kerja lain atau mahu berehat.

“Begitu juga dengan saya yg senyap sebentar disebabkan oleh sibuk dengan projek album baru. Tidak semestinya saya hilang sekejap bermakna saya sudah tidak ada dalam industri.

“Saya masih lagi terima tawaran menyanyi terutamanya dalam majlis-majlis tertutup. Kalau tidak ada show pula saya lebih senang habiskan masa di rumah,”
jelas penyanyi yg juga berbakat dalam menggubah lagu.

Hubungan Dengan Alyah

Keluar dari topik kerjaya dan album, anak muda yg berasal dari Perak ini tidak mengelak tatkala disoal hubungannya dengan Alyah setelah kes kontroversi.

“Sampai hari ini, saya belum berjumpa atau berhubung dengan Alyah. Cuma sesekali saya ada terserempak dengannya dalam majlis-majlis tertentu tetapi kami tidak pernah bertegur.

“Saya juga ada terbaca dalam akhbar dan majalah tentang masalah dan kontroversi yg melanda dirinya. Saya tahu juga beberapa isu yg heboh memperkatakan soal peribadinya.

“Cuma saya tidak boleh nak beri apa-apa komen atau nasihat mengenai perkara yg menimpanya kerana hubungan kami sudah tidak seperti dulu,”
akhiri Riz, teman duet Alyah menerusi lagu Ku Pinjam Satu Bintang.


STACY JAHAT?

Oleh Wahida Othman
Foto Zakaria Idris & Noor Asrekuzairey Saklim


Jika ada mana-mana acara dan Stacy tersenarai sebagai artis yg membuat persembahan, pasti ramai yg ternanti-nanti apakah aksi yg bakal dilakukan oleh penyanyi kecil molek ini.

Meskipun berbadan kecil, namun ia tidak menghalang Stacy beraksi lincah di atas pentas.

“Selain sibuk dengan single terbaru, Jahat, Stacy juga sibuk menghadiri kelas. Sejak bergelar pelajar, Stacy perlu bahagikan masa sebaik mungkin antara kerja dan pelajaran."

Dalam kerjayanya sebagai anak seni, Stacy akui sokongan peminatlah sangat penting untuk terus kekal dalam industri ini.

Katanya, sokongan peminatlah yg membuatkan seseorang artis akan terus berjuang mempertahankan industri seni tanahair. Tanpa peminat mungkin seseorang artis tidak akan kekal lama.

“Terima kasih buat semua peminat yg telah menyokong Stacy. Terima kasih juga kepada pihak AIM yg teleh memilih Stacy untuk pencalonan pada tahun ini. Kepada semua peminat, teruslah menyokong kerjaya Stacy,” ucap Stacy.


Suka lelaki Melayu

“Stacy tidak kisah untuk bercinta dengan jejaka Melayu. Bukan itu yg menjadi perkara utama. Bukanlah mengimpikan lelaki yg terlalu sempurna, namun cukup sekadar elok dipandang.

“Apa yg penting adalah pandai mengambil hati dan sentiasa bersama Stacy dalam susah atau senang.Lelaki itu juga harus pandai buat Stacy gembira,”
jelas Stacy tentang jejaka pilihannya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails