JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Monday, May 17, 2010

STACY AF6 MACAM MIMPI JADI DUTA CLINELLE


Teks oleh: Syafiqah Jalal @ Murai.com


Walaupun tidak dikurniakan wajah yang jelita seperti segelintir artis wanita lain, namun juara Akademi Fantasia Musim Ke-6 (AF6), Stacy tetap tidak ketinggalan dipilih sebagai duta kepada produk penjagaan kulit Clinelle.

Stacy yang ditemui semasa majlis pelancaran produk itu di Hotel Boulevard, Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini menyatakan perasaan gembiranya setelah terpilih sebagai duta Clinelle.


"Stacy tak sangka dapat peluang macam ni. Stacy juga rasa macam bermimpi bila Stacy tiba-tiba dipilih sebagai duta Clinelle. Macam mana pun Stacy rasa sangat 'happy' dan teruja sangat untuk berkongsi pengalaman yang menakjubkan ketika memakai produk ini", katanya yang masih terikat dengan kontrak sebagai duta tuala wanita "Intimate'.

Menganggap bahawa pemilihan sebagai duta Clinelle adalah sebagai satu kebetulan, Stacy mengakui sudah lama memakai produk tersebut dan sudah lama mengetahui keberkesanan dan kebaikan Clinelle sejak dari dulu lagi.

"Produk Clinelle memang selamat digunakan kerana kesemua bahan digunakan dalam produknya adalah bahan-bahan semulajadi yang boleh merawat kulit walaupun muka dalam keadaan mekap kerana bahan dalam alat solekannya juga dalam masa yang sama dapat merawat kulit", kata Stacy.

Stacy yang yakin dengan kesemua produk Clinelle ini sebelum dipilih sebagai duta lagi paling menggemari tiga produk Clinelle dan yang selalu digunakan untuk mengatasi masalah kulitnya.

"Saya mempunyai tiga jenis produk yang saya biasa dan suka untuk memakainya. Saya paling suka pakai Snow White Mask untuk meratakan keseimbangan kulit yang sebelum ini bertompok dan nyata ia benar-benar memberi kesan yang cepat!

"Selain itu saya juga suka gunakan Eye Bright untuk menghilang garis halus dan lingkaran hitam bawah mata kerana Stacy selalu tidak cukup tidur kerana sibuk dengan jadual harian. Dan produk ketiga yang Stacy selalu gunakan adalah Blemish Clear untuk menghilangkan cela-cela kecil di muka Stacy",
katanya.

Walaupun sibuk dengan pengajiannya di Universiti Lim Kok Wing, namun Stacy masih sempat mencuri waktu untyuk merakamkan single terbarunya yang berjudul Jahat.

Stacy juga meluahkan perasaan sedih dan kecewanya kerana tidak dapat ke Bulgaria untuk mewakili negara sempena Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2010 pada 9 Mei yang lalu.

"Pada awalnya, saya rasa teruja sangat untuk mewakili negara ke sana tetapi pada saat-saat akhir saya terpaksa membatalkan hasrat saya kerana pada waktu itu saya sibuk menduduki peperiksaan. Pembatalan itu juga disebabkan beberapa hal lain yang tidak dapat dielakkan. Kalau nak ikutkan memang saya sedih sangat. Tapi, apa boleh buat, mungkin inilah dugaan daripada Tuhan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembanggunan Perniagaan dan Pemasaran EIG Pharma Asia Sdn Bhd, Priscillia Ooi dalam pada itu melamar Stacy kerana sifat dan personaliti yang ada pada diri Stacy sendiri.

"Saya mula mengambil keputusan melamar Stacy selepas melihat dia beraksi di kaca televisyen yang selalu nampak muda dan 'happy' sesuai dengan tagline Clinelle 'happy skin, happy face'", jelas Priscilla.

Clinelle mempunyai 10 produk semuanya dari penjagaan asas ke penjagaan istimewa termasuk produk kosmetik untuk memberi kesan kulit yang segar dan ceria.

Bagi penjagaan asas Clinelle, ia memperkenalkan pembersih Deep Cleansing Gel, penyegar Purifying Toner, pelembap Moisture Glow dan untuk pengelupasan kulit Clinelle menyediakan Skin Smoothing Scrub.

Terdapat enam penjagan istimewa dari Clinelle: - Eye Bright untuk menghilangkan lingkaran bawah mata, Blemish Conceal and Clear Stick (hilangkan cela), Moisture Booster (elak penuaan kulit, SnoWhite Mask (merapi dan meratakan kulit), UV Defense SPF 28 White (melindungi kulit) dan Oil Free Smoothing Compacyt SPF 18 adalah satu-satunya produk kosmetik Clinelle untuk bedak kompak.

Clinelle yang menggunakan bahan-bahan dari abstrak botanical selamat digunakan dan diuji dermothologinya di Clinelle USA yang selamat dan dapat memberi kesan melalui tindakan RX3 iaitu repair, refine dan resshine skin untuk keputusan jangka panjang.

Penjagaan professional Clinelle diedarkan oleh EIG Pharmacy Asia Sdn. Bhd. dan telah membawa jenamanya itu ke Thailand, Hong Kong, Taiwan, Singapura, China, Pilippine dan Malaysia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails