JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Wednesday, May 12, 2010

RIZ SUMPAH TAK TIPU PEMINAT


by Nani @ Gua.com


Satu persatu cerita negatif melanda diri bekas naib juara Akademi Fantasia Musim ke-6(AF6), Riz atau nama sebenarnya, Mohammed Idris Mohd Zaizizi. Entah apa salah tuan empunya badan, sehinggakan orang tidak habis-habis memperkatakan tentang dirinya. Tidak keterlaluan untuk dikatakan, penyanyi ini lebih dikenali dengan kisah-kisah kontroversi berbanding bakat nyanyiannya.

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Grik, Perak ini pernah digosipkan sebagai ‘gay’. Dia juga dikatakan telah di ‘bela’ oleh golongan ‘Mak Datin’. Terbaru, dia dikatakan menipu peminat mengenai latarbelakang kerjayanya. Riz sebelum ini pernah membuat kenyataan di sebuah akhbar, kononnya dia bekerja sebagai pramugara MAS walhal semua itu tidak benar.

Selepas kenyataan Riz dikeluarkan, ada individu telah tampil memberi penjelasan bahawa Riz hanya bekerja di bahagian kaunter tiket sahaja. Berkesempatan bertemu dengan Riz baru-baru ini, GUA bertanyakan perihal kes Riz yang dikatakan telah menipu peminatnya.

“Peminat-peminat tahu siapa saya dari dulu sampai sekarang. Dulu memang saya kerja di MAS, semua peminat pun tahu saya kerja di bahagian kaunter tiket. Cuma apa yang berlaku adalah kesilapan teknikal.”

Menurut penyanyi berusia 24 tahun ini, dia tidak pernah malu mengatakan dia bekerja di kaunter tiket. Malah baginya, dia tidak pernah malu untuk mengaku tentang pekerjaannya dulu.

“Sumpah saya tak tipu. Kita tahu diri kita siapa. Perkara itu memang salah. Bila baca gelihati pun ada.”


Tak terfikir untuk saman

Umum mengetahui, penyanyi berbintang Sagittarius ini telah melahirkan album sulung berjudul ‘Bermula Semula’ pada tahun lalu. Riz kini bergerak sendiri dalam menguruskan kerjaya nyanyiannya dengan kerjasama syarikat rakaman Wake The Baby.

Bagi penyanyi yang popular dengan lagu “Hanya Sandiwara” ini, tidak pernah terdetik di dalam hatinya untuk mengambil tindakan terhadap individu yang cuba menjatuhkan karier dan memanipulasikan dirinya.

“Saya tak pernah terfikir untuk saman individu yang menulis tentang perkara itu. Saya rasa benda yang dikutuk itu tak sampai tahap keterlaluan. Itu dosa mereka. Biarlah,” katanya.


Bila nak tulis tu, biarlah berpada-pada. Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi saya. Bila orang tulis bukan-bukan tentang anda, apa yang anda rasa? Harap-harap selepas ini mereka lebih berhati-hati ketika menulis.”

Biar apa saja dugaan yang melanda penyanyi ini, dia tetap berusaha keras untuk terus berjaya dalam kariernya sekarang. Hasil dari usaha gigihnya selama ini, Riz kini mampu memiliki sebuah kereta mewah, BMW 320i yang dibeli daripada komposer Ajai lebih setahun yang lalu.

“Bila kita buat sesuatu perkara, kita buat betul-betul. Kita kena lakukan benda tu sehingga kita berjaya,” ujar Riz yang turut memberitahu dia ada menerima tawaran berlakon namun dia terpaksa menolak kerana ingin menumpukan kerjaya dalam bidang nyanyian dahulu.


No comments:

Related Posts with Thumbnails