JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, January 14, 2011

ARTIS BERTANDANG KE SARAWAK @ KOSMO ONLINE



RIZ AF antara artis yang bakal menemui peminat di Bumi Kenyalang bermula esok sehingga Selasa depan.


 
RAKYAT negeri Sarawak berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan artis-artis di bawah naungan Wake The Baby Sdn. Bhd. (WTB) yang bakal berkunjung ke negeri tersebut dari Sabtu ini hingga Selasa depan.

Kehadiran para artis iaitu Ilyka, Riz AF, Sani Mentor dan Aisya Hasnaa ke Bumi Kenyalang itu adalah melalui kerjasama WTB dengan pihak Firefly yang mengadakan kunjungan istimewa sempena meraikan penerbangan sulung Firefly ke Kuching.

Penerbangan pertama Firefly akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Sabtu ini dan akan diraikan secara gilang-gemilang. Pelbagai aktiviti menarik juga telah diaturkan oleh pihak Firefly.

Artis-artis di bawah naungan WTB turut teruja serta tidak sabar untuk bertemu dengan peminat-peminat di sana.

Sekiranya peminat-peminat ingin menyaksikan persembahan mereka secara lebih dekat, pihak WTB telah mengadakan kerjasama dengan dua pihak iaitu Dayak Artistes and Musicians Association (DAMA) dan The King's Arm yang cukup popular di bandar Kuching.

Ilyka, Riz, Sani dan Aisya Hasnaa juga dijadualkan membuat satu persembahan istimewa selama satu jam di The King's Arm Club, Ahad ini pada pukul 9.30 malam.

Persembahan pada malam tersebut juga disokong oleh DAMA, yang juga bertindak sebagai sebuah persatuan yang telah banyak menyokong artis-artis Bumi Kenyalang.

Pada hari yang sama juga, artis-artis berkenaan akan singgah di konti radio Cats.fm, selain melawat sekitar bandar Kuching sambil mengadakan sesi fotografi bersama rakan-rakan media yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur.


No comments:

Related Posts with Thumbnails