Cerita Artis kita
KASIHAN pula CAK dengar keluhan artis yang kini membina namanya kembali ke dalam industri hiburan. Namun dalam kasihan, CAK sebenarnya bangga dengan si Riz AF kerana tetap mempertahankan maruah dan agama daripada dipijak-pijak! Kalau CAK pun akan lakukan perkara sama.
Nak dijadikan cerita, baru-baru ini teman CAK mengikuti rombongan bersama artis ke Bumi Kenyalang sempena penerbangan sulung sebuah syarikat penerbangan tempatan ke sana.
Di sana, pelbagai aktiviti disediakan untuk artis berhibur bersama peminat. Antaranya ialah ‘showcase’ yang diadakan di sebuah kelab popular di sana.
Sementara menunggu persembahan masing-masing, pengunjung dihiburkan dengan nyanyian barisan penyanyi Sarawak. Ramai juga peminat hadir semata-mata nak menatap wajah penyanyi kesayangan mereka yang datang dari Semenanjung.
Selepas habis persembahan artis Semenanjung, penyanyi tempatan kembali mengambil tempat menghiburkan pengunjung. Hampir satu jam, tiba-tiba suasana kecoh sekejap.
Teman CAK yang duduk di belakang pada masa itu tak ambil kisah sangat, namanya kelab! Mesti ada pengunjung yang mabuk dan buat kecoh! Rupa-rupanya, berlaku drama antara Riz AF dan penyanyi kelab itu! Kisahnya, penyanyi kelab yang tengah mabuk ketika itu menawarkan arak kepada Riz tapi ditolak dengan baik. Kata si penyanyi itu sebagai ucapan selamat datang.
Berkali-kali si penyanyi kelab memaksa Riz minum walaupun sedikit, tapi Riz tetap dengan pendiriannya. Melihat suasana hampir tegang, seorang rakan media tampil dan meminta si penyanyi kelab beredar dengan baik.
Mungkin disebabkan permintaannya banyak kali ditolak, si penyanyi mula lupa diri dan mula menghamburkan kata-kata kesat pada Riz. Malas nak melayan orang tengah mabuk, Riz terus beredar.
Malangnya, si penyanyi kelab itu dikatakan terpilih dalam sebuah program realiti nyanyian popular yang bakal ke udara tidak lama lagi.
Hai, sayang sungguh, bakat kelas pertama tapi perangai hancur lebur!
No comments:
Post a Comment