JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Thursday, January 13, 2011

RIZ & ARTIS WAKE THE BABY @ KUCHING, SARAWAK


Oleh Wake The Baby Sdn Bhd @ Facebook

 

Wake The Baby Sdn Bhd telah berkerjasama dengan pihak Firefly dan akan membawa artis-artis di bawah naungan kami iaitu Ilyka, Riz AF, Sani Mentor dan Aisya Hasnaa ke Sarawak, Bumi Kenyalang pada 15hb hingga 18hb Januari ini. Pelbagai aktiviti menarik yang telah diaturkan oleh pihak Firefly.

Kunjungan ini juga merupakan kunjungan istimewa kami bersama meraikan penerbangan sulung Firefly ke Kuching. Penerbangan pertama Firefly akan mendarat di lapangan terbang Kuching pada Sabtu, 15hb Januari, 2011 dan akan diraikan secara gilang-gemilangnya.


Artis-artis di bawah naugan Wake The Baby Sdn Bhd iaitu Ilyka, Riz, Sani dan Aisya Hasnaa begitu teruja dengan kolaberasi dan tidak sabar untuk bertemu dengan peminat-peminat serta media di Kuching, Sarawak.

Berita baik bagi peminat-peminat di Kuching. Sekiranya anda ingin menyaksikan persembahan mereka secara ‘up.close & personal’, pihak kami(Wake The Baby) telah menjalankan satu kerjasama dengan pihak KING’S ARM Club yang cukup popular di Bandar Kuching. Ilyka, Riz, Sani dan Aisya Hasnaa akan membuat satu persembahan istimewa ‘Album Showcase’ selama satu jam bertempat di King’s Arm Club, Lot 354 & 355, Ground Floor, Jln Rumbia, 93100 Kuching, Sarawak pada hari Ahad, 16hb Januari, 2011, bermula dari jam 9:30 malam.



Jadi kepada para peminat di Kuching, datanglah beramai-ramai dan jangan lepaskan peluang ini. Pada hari yang sama juga, artis-artis berkenaan akan singgah di konti radio Cats.fm dan juga melawat sekitar Bandar Kuching sambil mengadakan sesi fotografi bersama rakan-rakan media yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur.

Artis-artis Wake The Baby


RIZ

Anak muda kelahiran Akademi Fantasia musim 6. Mendapat tempat kedua di dalam pertandingan tersebut. Setelah popular dengan single pertamanya ‘Hanya Sandiwara’, Riz tidak berpatah lagi dan terus merakamkan album solo pertamanya yang berjudul ‘Bermula Semula’. Album tersebut juga dihasilkan bersama komposer Ajai. Mengandungi 8 buah lagu dan ianya telah berada di pasaran di bawah edaran Warner Music. Antara lagu-lagu hitnya seperti, ‘Bermula Semula’, ‘Harusku Yang Pergi’, ‘Cinta Ini’ dan ‘Khilaf’.


Hael Husaini bin Razmi @ Sani - Mula berjinak-jinak dengan membabitkan diri menerusi program Mentor Musim 3, menjadi anak didik di bawah jagaan Jaclyn Victor. Single pertama Sani mula dimainkan oleh stesen-stesen radio bermula September yang lalu. Lagu ‘Seandainya’ yang dicipta dan liriknya ditulis oleh Ajai.


Ilyka – Mula menyanyi seawal 90’an dan pernah melahirkan album pertamanya bersama NSR. Ilyka bukanlah sebuah nama baru dalam industri muzik. Lagu hitnya ‘Diusung Duka’ menjadi siulan peminat-peminat muzik sekitar tahun 1993. Single terbaru berjudul sistematik ciptaan Ajai.


Aisya Hasnaa – Mula tampil dengan single pertamanya berjudul ‘Lagu Mahu Kamu’ lagu yang bergenre pop jazz.


Jangan lupa, temui Ilyka, Aisya Hasnaa, Riz dan Sani di King’s Arm Club Kuching pada hari Ahad, 16hb Januari, 2001 jam 9:30 malam. Lawati laman facebook Wakethebaby untuk informasi terkini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails