JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Thursday, January 13, 2011

STACY @ TOP 5 FINALIS ANUGERAH BINTANG POPULAR 2010


Foto & Info Budiey.com


Bertempat di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya semalam, Berita Harian selaku penganjur Anugerah Bintang Popular telah mengumumkan senarai Top 5 Finalis Anugerah Bintang Popular 2010.

Anugerah Bintang Popular 2010 akan berlangsung pada 3 April 2011 di Arena of Stars, Genting Highland dengan tema Moden Klasik.

Tahniah Stacy kerana tercalon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular bersaing dengan Adira, Alyah, Ana Raffali dan Yuna.

Untuk Bintang Paling Popular ABPBH2010 akan memenangi kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM137,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd dan set barangan kemas Rafflesia edisi terhad tajaan Rafflesia Mandalay. Artis dan personaliti yang menang bagi setiap kategori bakal memenangi barang kemas Rafflesia bernilai RM10,000 tajaan Rafflesia Mandalay.

Untuk memastikan Stacy mengungguli kategori ini, jangan lupa dapatkan borang pencalonan akhir ABPBH2010 yang akan mula dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu bermula 17 Januari sehingga 13 Mac 2011 ini.


Daus, Stacy, Adira & Maulana


Stacy, Adira & Maulana AF8


Pictures by abpbh @ Facebook





No comments:

Related Posts with Thumbnails