JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, May 16, 2010

APA CERITANYA : STACY KESAL SIKAP AGNES



Oleh Zubir Mohd Yunus @ B Pop

Juara AF6 tetap maafkan penyanyi popular Indonesia biarpun dikasari ketika sesi fotografi.

JUARA Akademi Fantasia 6 (AF6), Stacy diperlekehkan bintang sensasi Indonesia, Agnes Monica? Selepas tersiarnya artikel berjudul 'Agnes naik angin selepas buat persembahan' di ruangan ini pada 9 Mei lalu, ramai ingin mengetahui apa sebenarnya berlaku di sebalik tabir sehingga Agnes dikatakan tidak ikhlas bergambar bersama Stacy apabila diminta pihak penganjur Minggu Setiausahanya, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketika bertemu Stacy yang bakal muncul bersama single terbarunya, Jahat, baru-baru ini, dia mengakui tersinggung dan kecewa dengan kejadian yang berlaku ke atas dirinya tempoh hari. Namun, dia sedia memaafkan Agnes apabila beranggapan bintang terkenal dari Indonesia itu mungkin kepenatan selepas menjayakan persembahan kira-kira dua jam, sekali gus bersikap dingin apabila diminta penganjur untuk bergambar dengannya.

“Apabila mendapat pelawaan daripada B Pop melihat persembahan Agnes (Monica) sempena Minggu Setiausaha, terus-terang saya katakan, memang teruja! Saya juga baru pertama kali ingin bersua muka dengannya, seorang artis yang berjaya dari Indonesia, pastinya saya tidak akan melepaskan peluang itu lebih-lebih lagi apabila difahamkan, B*Pop bakal menggandingkan saya dan Agnes dalam satu sesi fotografi!

“Kebetulan pada hari itu, saya ada ujian, namun selepas perbincangan dengan pihak universiti, saya mendapat pelepasan, asal saja saya tidak terlepas peluang bertemu Agnes. Saya beruntung apabila diberikan meja di barisan paling depan menyaksikan persembahan live Agnes, dalam fikiran sudah berlegar hasrat untuk bertemunya selepas show dan menjayakan fotografi bersama.

“Selesai persembahan, saya sekadar menunggu di belakang pentas untuk menanti masa sesuai bertemu Agnes. Tidak lama kemudian, saya yang ditemani wakil Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dipanggil masuk ke bilik rehat Agnes yang turut menempatkan beberapa kru yang mengiringi persembahannya dan wakil pihak pengurusannya.

“Awalnya, saya perhatikan karakter Agnes begitu ceria. Namun, tidak lama kemudian, saya terdengar wakil penganjur Minggu Setiausaha memberitahu Agnes, ada artis Malaysia ingin bergambar bersamanya, selain sidang media yang harus dihadirinya. Mungkin dia masih keletihan, saya dapat lihat berlaku perselisihan faham antara Agnes dan wakil penganjur... dia macam marah, tapi saya tak pasti mengapa?

“Namun, sempat jugalah saya mendengar Agnes meninggikan suaranya terhadap wakil penganjur - ‘You raised your voice to me and my management!’. Sebelum itu ketika wakil penganjur memberitahu Agnes, ada artis Malaysia ingin bergambar dengannya, saya dengar dia cakap begini - ‘Who is this girl?’ Saya terkejut! Saya sangka dia dah sedia maklum mengenai fotografi berkenaan, tapi yang berlaku adalah sebaliknya.

“Tapi, pada masa sama, saya perhatikan Agnes dan wakil penganjur masih bertegang urat. Tidak lama kemudian, baru saya sedar Abang Zubir (penulis) sudah berada dalam ruang rehat itu. Selang beberapa minit pertikaiannya bersama wakil penganjur, akhirnya dia setuju untuk bergambar dengan saya.

“Namun, Agnes bergambar dengan saya ketika dia masih marah dengan wakil penganjur. Apabila dia berdiri bersebelahan saya, saya dapat rasakan tangannya agak kuat menarik badan saya. Saya terkejut! Tapi, saya tidak menyalahkan diri beliau kerana emosinya masih tidak tenteram ketika itu dan saya pula datang bertemunya pada masa yang tidak sesuai.

“Mungkin dia tidak berniat mengasari saya, saya harus terima kenyataan itu dan memaafkannya. Apabila bergambar pula, Agnes tidak mahu menunggu lama di depan jurukamera, baru dua, tiga snap, dia sudah beredar. Saya benar-benar kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku pada sesi fotografi itu, tak sangka dia bersikap begitu, tapi tak mengapalah, sekali lagi saya memaafkannya.

“Mulai saat ini, saya tidak akan sesekali mencontohi perangainya, cuma apa yang menjadi ikutan dan dorongan ialah kejayaannya di bidang nyanyian semata-mata! Usaha gigihnya itu akan dicontohi supaya saya juga berupaya menjadi seorang penyanyi yang berjaya seperti dirinya suatu hari nanti. Tapi, apabila bercakap mengenai keperibadiannya, saya akan jadikan sempadan,”
kata Stacy yang kini dipilih sebagai duta produk Clinelle.

Katanya lagi, apa yang terjadi antara dirinya dan Agnes sebelum ini adalah pengajaran paling berharga dalam hidupnya sepanjang bergelar artis. Situasi berkenaan menyedarkannya supaya tidak terikut-ikut karakter yang tidak disenangi orang ramai kerana sebagai artis, mereka sering dilabel sebagai role model dan sewajarnya menampilkan sisi terbaik diri masing-masing.



2 comments:

Furbabe said...

this girl is such a drama queen. just go to Agnes Monica's twitter (@nezmo) to find out the real story. She wasn't upset to Stacy but to pihak penyelenggara minggu setia usaha yang telah membentak management Agnes. Agnes was forced to do something that wasn't in their contract.

Amina said...

She didn't even know what happened to Agnes Monica at the time, and what Quality Hotel did to her management. But she talked to everyone like she knew. It's unethical, unprofessional, and childish. What makes it worst, the media here published one side instead of both sides story.

Related Posts with Thumbnails