JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Tuesday, November 10, 2009

IMBAUAN : RIZ~STACY @ INTREND OGOS 2008



STACY AF6 ~ IKHLASNYA MEMBAWA TUAH

Teks Marini Mat Zain
Fotografi Bustamam



…… Atas prinsip jangan berputus asa dan selalu percaya pada diri, Stacy tidak pernah patah semangat. Selepas gagal dalam rancangan realiti TV lain, One In A Million dan Gangstarz, Stacy mencuba nasib dengan Akademi Fantasia 6 pula. Nah, percubaannya kali ni membuahkan hasil apabila berjaya merangkul juara.

….. Stacy dikatakan penyelamat sebuah konsert yg berlangsung walaupun dia hadir sebagai artis undangan. Begitulah kehebatan dan aura yang ada pada Stacy.

…. Melihat gayanya, Stacy selesa dengan
jeans dan baby-T. Kalau sesekali pasang badan, gayanya lebih funky sesuai sekali dengan imej remajanya.

….. Stacy banyak menyertai rancangan realiti TV dan itulah usahanya mengembangkan bakat. Stacy berpendapat memasuki pertandingan seumpamanya adalah peluang untuk menonjolkan bakat. Selepas ini wawasan Stacy mahu mengharumkan nama Malaysia ke seluruh dunia.

“Saya mula serius menyanyi sejak umur 18 tahun. Berhenti belajar kerana mahu ,membantu keluarga dan satu-satu kebolehan yang ada hanya menyanyi”.

…. Ahli keluarga Stacy juga mempunyai bakat menyanyi. Kerana bakat itu jugalah Stacy dan abangnya, Chaq mengambil tempat ibu bapa membantu keluarga.



Perkara Tentang Stacy

1 Dia sangat happy go lucky dan mahu membuat orang tertawa.
2 Stacy juga tidak suka bersedih. Semahunya bergembira setiap waktu. Cuma realiti kehidupan tidaklah selalunya indah.
3 Juga takutkan gelap. Takut bah!
4 Sayang keluarga. Stacy sanggup berhenti sekolah kerana tidak sanggup melihat keluarganya hidup dalam kesulitan.
5 Suka muzik sejak dulu.


MATAMU MEMUKAU, RIZ

Teks Nisa’ Halid
Fotografi Johanif Azman



Bila melihat dia menyampaikan lagu-lagu ketika menjadi pelajar AF6, matanya amat memainkan peranan. Riz AF6 punya suara yang enak sekali. Setuju? Dia bikin penonton konsert AF6 melekat di depan kaca TV mendengar kelunakan suaranya dan sekaligus dinobatkan sebagai naib juara AF6. Anak bongsu daripada empat adik beradik ini mula berjinak-jinak dengan bidang nyanyian seawal usia lima tahun.



Jika kamu bukan seorang pelajar AF6, kamu adalah….
Saya bekerja di MAS, KLIA.

Tidak mudah menjadi lelaki kacak, bukan?
Kelakarlah! Saya tidak merasakan diri ini kacak atau segak, cuma biasa-biasa sahaja. Tapi dalam konteks artis dan seni, mungkin punya rupa paras yg kacak memainkan peranan kerana ia merupakan pakej. Namun, walau kriteria rupa paras dikatakan menjadi aset artis, talent comes first. Saya percaya peminat kini pandai menilai.

Jika diberi peluang menukar kerjaya, kamu adalah……
Pilot! Saya mahu menjadi juruterbang kerana ia merupakan kerjaya yg mencabar bagi saya. Kalaulah ada peluang….

Pendapat kamu tentang glamour dan populariti?
Best! Cuma tiada privacy dan ada kalanya semuanya seakan tersekat. Namun, saya bersyukur kerana hidup kini lebih disiplin bila tahu membezakan yg baik dan buruk untuk kebaikan diri saya sendiri.


Credit to
majalah Intrend

No comments:

Related Posts with Thumbnails