JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Wednesday, November 18, 2009

RIZ~STACY@HARIAN METRO 18 NOVEMBER 2009



SAINGAN PADA LAGU BUKAN PENYANYI


Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
Foto Mustaffa Kamal

MANTAP...... Stacy menampilkan persembahan bertenaga menerusi lagu Pakai Buang.


POPULARITI lagu Pakai Buang nyanyian bekas juara Akademi Fantasia 6, Stracie Angie Anam (Stacy) yang sering disampaikan dalam pelbagai persembahan pentas termasuk kerap dimainkan di radio dipilih antara Top 5 lagu pilihan juri pada saingan separuh akhir kedua Muzik-Muzik yang berlangsung baru-baru ini.

Stacy, 19, berjaya memberi persembahan mantap ketika program itu bersiaran langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Biarpun keputusan lagunya itu bukan muktamad untuk melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) tetapi ia cukup memberikan berita gembira pada penyanyi yang berasal dari Penampang, Sabah itu untuk mengharap peluang beraksi di peringkat akhir ada.

Kata Stacy, kejayaan awal lagu itu berdasarkan kekuatan pada lirik dan melodi ciptaan Edry KRU yang turut menyelit loghat Sabah. Akuinya, lagu itu membawa melodi rancak yang menghiburkan ramai pendengar khusus kanak-kanak dan remaja.

"Biarpun ramai yang suka dengan lagu ini, saya sukar untuk jangka sama ada lagu ini berjaya ke AJL24. Pada saya, pemilihan lagu ini untuk layak pada peringkat separuh akhir kedua ini sudah menggembirakan saya.

"Saya bersyukur sangat jika lagu ini berjaya melangkah ke peringkat akhir nanti. Saya patut berterima kasih pada Edry yang mencipta lagu ini yang membuatkan peminat suka.

"Saya fikir lagu ini mempunyai kekuatan dari aspek lirik dan melodinya yang senang didengar. Jika berjaya ke AJL24, saya anggap ia sebagai bonus,"
katanya.



SAINGAN AJL24 KIAN SENGIT

GAGAL ... persembahan Riz bersama Alyah menerusi Ku Pinjam Satu Bintang tidak berjaya menduduki Top 5 separuh akhir kedua yg lalu.

FORMAT pertandingan terbuka tanpa kategori khusus pada Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) tahun ini nyata memberikan saingan sengit pada setiap penyanyi untuk menempah tiket ke peringkat akhir pada awal 2010. Seperti saingan separuh akhir pertama lalu menyaksikan penguasaan komposer dan artis muda merebut lima tempat lagu yang dipilih juri profesional.

Pada separuh akhir kedua pada malam Jumaat lalu pula, 11 lagu berentap untuk meraih peluang yang sama ke AJL24. Biarpun keputusan yang diumumkan pengacara Faisal Ismail dan Cheryl Samad bukan muktamad yang menyatakan lagu itu mara ke peringkat akhir, ia memberikan kelebihan penyanyi berkenaan untuk berbangga dengan pencapaian awal ini.

Mengikut format baru kali ini, setiap lagu yang berjaya pada saringan separuh akhir akan dinilai semula menerusi pemarkahan pada saingan minggu ketiga yang akan berlangsung Jumaat ini. Ini bermakna, lagu lain yang tidak terpilih masih ada peluang untuk ke AJL24 sekiranya juri membuat keputusan sebaliknya dan hanya 14 lagu akan dipertandingkan pada AJL24 nanti.

Pada separuh akhir kedua yang turut disiarkan secara langsung menerusi TV3, menyaksikan lima lagu dipilih juri iaitu Aurora nyanyian kumpulan Estranged, Seadanya Aku (Nubhan), Bengang (Akim), Aku Rindu Sayang Kamu (Black) dan Pakai Buang (Stacy). Lagu yang gagal pula adalah Tahu Tak Tau Joget (Jinbara), Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah duet bersama Riz), Fikirlah (Aizat), Khatimah Cinta (6ixth Sense), Cinta Gila (Grey Sky Morning) dan Benar-Benar (Adam).



Credit to
Harian Metro


No comments:

Related Posts with Thumbnails