JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Thursday, November 5, 2009

RIZ TIADA IMEJ@HAI 7 NOVEMBER 2009




Oleh Wahida Othman


RIZ pernah diminta menguruskan fizikalnya yg berisi semasa masih di dalam Akademi fantasia musim keenam.

Selepas itu, fizikalnya pernah dilihat sedikit susut. Namun, apabila ditemui media massa dalam majlis pelancaran album sulungnya, Bermula Semula di ibu kota baru-baru ini, fizikalnya berisi kembali.

Bukan itu sahaja, rambut panjang berbelah di tengah, imej dan penampilannya dilihat sebagai tidak kena.

Untuk bergelar seorang artis yg berjaya, tidak sahaja vokal harus power dengan lagu-lagu yg sedap, namun imej dan penampilan wajar dititikberatkan.

“Saya masih tidak tahu apa imej yang sesuai. Saya suka berambut panjang, tapi bila rambut panjang, ia nampak nipis dan dahi pula nampak luas sebab rambut tak menutupi bahagian depan dahi.

“Dah banyak kali orang cakap, fesyen rambut saya ini tak sesuai dengan penampilan.

“Saya mengambilkira tentang perkara ini dan sudah tentu saya merancang untuk menemui konsultan imej bagi membentuk imej yg sesuai dengan diri saya.

“Saya akui menyukai lagu-lagu jiwang. Tapi, saya lebih selesa berimej rock, berambut panjang dan mengenakan jaket.

“Mungkin selepas berbincang dengan konsultan imej, masalah ini diharap dapat menemui jalan penyelesaian yang bagus,”
ujar Riz.


TAKUT ANUAR ZAIN

Dari sisi lain, naib juara AF ini juga pernah dikatakan meniru gaya dan rentak muzik yang dibawa oleh Anuar Zain.

Walaupun dia cuba menepis gossip berkenaan, namun tiada siapa yang dapat menyangkal vokal pemilik nama sebenar Mohd Idris Mohd Zaizizi ini sememangnya memiliki kemerduan yang serupa dengan penyanyi tersohor itu.

“Saya sangat meminati Anuar Zain kerana dia adalah idola saya. Saya menyimpan impian untuk berduet dengannya.

“Saya mahu menjadi sehebat Anuar Zain. Dia bijak mengambil hati peminat dan lagu-lagunya memang menepati citarasa para penggemarnya. Bila saya cakap mahu jadi seperti dia, bukanlah bermakna saya mahu menirunya pula.

“Impian saya suatu hari nanti, saya boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengannya. Tidaklah seperti sekarang, lihat dia saja saya dah takut,”
seloroh Riz.

No comments:

Related Posts with Thumbnails