JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, November 1, 2009

RIZ~STACY@URTV 1-15 NOVEMBER 2009



LELAKI ‘GILA SEKS’ CARI RIZ

Oleh Mastura Burhanuddin
Foto Norazlina Jaafar

Jangan ingat wanita saja yg sering mengalami masalah gangguan seksual, ada juga kaum lelaki yg tak terlepas dengan masalah ini. Itulah pengalaman sukar dilupakan penyanyi Riz. Katanya, jiwanya pernah jadi ‘kacau’ seketika gara-gara diganggu oleh peminat fanatiknya.


MMS Lucah Berantai

Riz mulai digilai ramai peminat ketika dia menyertai Akademi Fantasia musim keenam (AF6), hingga akhirnya dia menubuhkan sebuah kelab peminat yg dikenali sebagai Riz Fc.

Sebagai artis Riz sedaya upaya melayan peminatnya sebaik mungkin. Tapi ada peminatnya didakwa dahagakan sesuatu yg lebih daripadanya.

"Hal ini berlaku waktu saya baru keluar AF6 lagi. Gangguan akan datang bila hari malam. Lelaki ini akan menghantarkan mesej bergambar.

"Dia tanpa segan dan malu, menunjukkan bentuk badannya dengan aksi-aksi lucah sambil melakukan sesuatu yg memualkan. Bila tak dilayan, kemudiannya bertalu-talu, mesej masuk. Bila masuk saja mesej dari nombor yg saya tandakan save dengan nama tanda soal (?), saya terus padam! Saya abaikan nombor tu. Ada juga orang nasihatkan supaya saya tukar nombor telefon. Tapi adalah agak sukar untuk saya suka-suka nak tukar nombor telefon.

"Jalan terbaik abaikan saja gangguan tak bermoral macam tu akhirnya dia pun dah tak kacau saya lagi,"
kongsi Riz kepada URTV.

Mungkinkah lelaki gila seks itu, tersalah orang, mahu dihantar kepada perempuan, termasuk ke telefon Riz. Apa pun, kata Riz dia sedar, peminat lelaki itu sengaja menggodanya.


Digilai Mak Datin

Peminat Riz tidak terhad kepada satu golongan sahaja. Sebaliknya kekacakan dan kelunakan suara Riz membuatkan dia turut digilai oleh wanita di kalangan VIP.

“Diminati oleh golongan VIP mungkin satu bonus bagi saya. Tetapi sesiapa saja yg meminati Riz, saya amat menghargainya,” katanya.

Selain dikaitkan dengan mak datin, Riz sendiri mengakui ada juga yg curiga soal kecenderungan seksualitinya.

“Ada pihak pernah mendakwa saya ini sukakan lelaki. Sakit hati saya bila dituduh minat kaum sejenis. Saya ada naluri untuk mencintai wanita, Cuma buat masa ini saya masih lagi belum memikirkan soal cinta memandangkan karier saya masih lagi terumbang-ambing dan perlu masa untuk berdiri kukuh,” tegas Riz.


NAIZLE TUNGGU MASA NAK PINANG STACY!

Oleh Eiz
Foto Shariful Hafizal

Alamak! Panaslah! Mana taknya, dalam diam-diam,anak orang berada, didakwa nak meminang penyanyi Stacy. Ke mana Stacy pergi, kalau boleh dia nak ikut. Dia mengaku, dialah peminat fanatik Stacy.

“Bukan saja saya minat dia. Keluarga saya pun sukakan Stacy. Semuanya bermula semenjak dia memasuki AF lagi. Saya mengaku saya sayangkan dia.

“Andai di suatu hari nanti ada ruang untuk saya di hatinya, saya tidak akan lepaskan peluang menyatakan hasrat di hati.”

KOMEN STACY ~ TERPULANG SOAL JODOH

“Saya kenal Naizle dan tidak mengetahui sangat tentang dia, kami hanya berkenalan sekadar teman biasa sahaja. Namun, saya tidak nafikan bahawa dia adalah peminat setia saya.

“Andainya jika suatu hari nanti jodoh saya bersama dia, saya terima dengan hati terbuka. Saya tidak akan melanggar takdir dan soal untuk saya menjadi saudara baru Islam pula biarlah ia dijawab kemudian sekiranya ada jodoh.”


No comments:

Related Posts with Thumbnails