Pictures credit to Riz Angels

RIZ menyampaikan dua buah lagu pada malam itu.
Islamic Fashion Festival (IFF) 2009 yang diadakan di Hotel J.W.Mariot, Kuala Lumpur semalam berlangsung dalam suasana penuh elegan dan berwarna-warni.
Buat kali kelapan, IFF muncul lagi dan pada tahun ini mulai 23 hingga 25 November, tarikan rekaannya lebih bergaya dan stailo bertepatan dengan koleksi busana muslimah.
Sudah tiga tahun penganjuran IFF dan festival fesyen Islam ini sudah menjadi landasan kepada pereka untuk lebih dikenali. Malah, ia turut mencatatkan nama Malaysia sebagai hub fesyen Muslimah ~ Info dari mStar Online


Riz menyampaikan dua buah lagu iaitu Kasih Berubah dan single terbaru, Bermula Semula. Pastinya peluang beraksi di majlis berprestij ini akan memberikan lebih sinar pada kerjaya seninya yg baru bermula, Insya - Allah .

Secara peribadi, saya suka dengan penampilan Riz pada malam tersebut yg menepati tema majlis yg dihadirinya. Secara tidak langsung, ini membuktikan Riz sentiasa berusaha untuk memperbaiki gaya penampilannya meskipun seringkali dikritik. Riz pasti tahu apa yg terbaik untuk perjalanan kariernya. Tahniah, Riz!
Album Bermula Semula akan mula dipasarkan pada awal Disember 2009, Insya - Allah. Jangan lupa untuk mendapatkan album Riz di pasaran nanti. Beli yang original, okey!
All the best untuk Riz! Hopefully, album Bermula Semula akan berjaya, Insya-allah...
No comments:
Post a Comment