JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, November 13, 2009

PERSAINGAN CUKUP HEBAT



Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Riz dan Alyah.


KONSEP terbuka yang diperkenalkan Separuh Akhir Muzik-Muzik 24, memberi ruang kepada artis realiti menonjolkan bakat nyanyian untuk bertanding merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24) nanti.

Minggu lalu menyaksikan penguasaan bintang muda seperti Aizat menerusi lagu Kau Aku, Yuna (Dan Sebenarnya), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang), Hujan (Aku Scandal) dan One Nation Emcees (Raja Gelek) yang memungut markah tertinggi dari segi persembahan.

Untuk minggu kedua menyaksikan 11 lagi lagu bersaing pada peringkat separuh akhir kedua Muzik-Muzik 24 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam ini.

Hampir semua lagu yang bertanding dikuasai peserta bintang realiti kecuali penampilan kumpulan Jinbara dengan lagu Tak Tahu Joget ciptaan Anak Jin dan Palut, 6ixth Sense mempertaruhkan lagu mereka, Khatimah Cinta manakala Grey Sky Morning mempertaruhkan Cinta Gila ciptaan Sharnizad dan Hafizal. Kumpulan ini menggantikan tempat juara Anugerah Juara Lagu ke-23, Meet Uncle Hussain yang menarik diri pada saat akhir.

Peserta realiti yang bersaing adalah juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Hafiz menerusi lagu hitnya, Masih Jelas ciptaan komposer terkenal, Aidit Alfian dan Ad Samad, rakannya, Akim dengan lagu Bengang (Amir/Sheikh Qalam), Nubhan Seadanya Aku (Sharon Paul/Azalea) manakala lagu Aku Rindu Sayang Kamu ciptaan Yuzai nyanyian Black Mentor.

Turut bersaing, Estranged yang mempertaruhkan dua lagu ciptaan sendiri, Aurora dan Ketika Ini, Adam menerusi Benar-Benar lirik dan lagu Edry KRU, gandingan Alyah dan Riz menyampaikan lagu Ku Pinjam Satu Bintang ciptaan Ajai dan Slen.

Lima lagu diramalkan berpeluang ke AJL24 malam ini ialah Aurora, Tahu Tak Tahu Joget, Ku Pinjam Satu Bintang, Aku Rindu Sayang Kamu dan Masih Jelas.



Info Dari STACYFRENZ

Stacy
telah bertukar tarikh hari persembahan dengan Hafiz AF7 kerana pada 21hb November, Stacy ada show di Sabah dan dia perlu ke sana pada 20hb November, hari yang sepatutnya dia bertanding di Semifinal Muzik Muzik. Memandangkan mereka berada di bawah pengurusan yg sama iaitu Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), maka masalah tersebut dapat diatasi dengan mudah. Jadi, kita dapat melihat persembahan kedua-dua artis kesayangan kita, Riz dan Stacy pada malam ini. Jangan lupa, jam 10pm @ TV3.


Info credit to StacyFrenz


No comments:

Related Posts with Thumbnails