JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, January 1, 2010

AZAM TAHUN BARU RIZ


MENGAIT IMPIAN TAHUN BARU

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my


Azam semestinya menjadi pemangkin semangat diri. Adakah tahun ini membawa sinar kejayaan atau sebaliknya?

Oleh itu, kongsi azam baru 2010 insan seni tanahair……….



PENYANYI ~ RIZ

Mengukir nama sebagai artis menerusi Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Riz kini berjuang mempromosikan album pertama, Bermula Semula yg dihasilkan dengan wang sendiri. Mahu albumnya diterima peminat, Riz juga bercadang membeli rumah.

“Saya sekarang menetap di rumah sewa dan terfikir sampai bila? Jadi, pada usia 23 tahun ini, baik rasanya membeli hartanah (rumah) sendiri untuk jaminan masa depan. Lagipun, itu misi saya apabila sudah berdikari dan tahu mencari rezeki.

“Bukan itu saja, saya turut mengharapkan diri lebih matang dalam membuat keputusan dan mahu memperbetulkan segala kesilapan yg pernah dilakukan. Sebagai manusia biasa, saya sedar tidak sempurna serta pernah menyakiti hati orang lain,”
katanya.

(Petikan daripada akhbar Harian Metro 1/1/2010)

No comments:

Related Posts with Thumbnails