JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Wednesday, January 6, 2010

REZEKI STACY DI PENTAS AJL TERUS MURAH



Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT dan HARYATI KARIM
hiburan@kosmo.com.my


ANUGERAH Juara Lagu ke-24 (AJL 24) bakal memecahkan ruyungnya menjelang hujung minggu nanti.

Stacy
Lagu: Pakai Buang
Komposer/Lirik: Edry KRU

TAHUN kedua melangkah ke AJL, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Stacy tidak mudah mengalah walaupun tidak meraih sebarang anugerah di pentas yang sama pada edisi lalu.

“Tahun lepas lebih banyak persediaan berbanding tahun ini. Alasannya tahun ini saya lebih sibuk, tapi itu bukan bermakna sudah awal-awal saya menyerah kalah.

“Tidak seperti tahun lepas, tahun ini cabarannya lebih kuat bukan sahaja kerana lebih ramai penyanyi lelaki tetapi kami semua akan bertanding atas satu tiket, tiada kategori pop rock, balada atau etnik kreatif. Semuanya sama.

“Tapi saya yakin, Pakai Buang ada banyak keistimewaan dari segi lagu dan lirik. Bukan itu sahaja, ada kelainan dan ‘letupan’ baru dalam persembahan dan tarian saya nanti. Tak boleh cerita sekarang, nanti tak ada kejutan pula,”
ujar Stacy yang berkolaborasi dengan abang kandungnya,Chaq untuk memantapkan persembahannya kelak.

Mengelak daripada membuat andaian atau memilih lagu dan penyanyi mana sebagai saingan terdekat, fokus Stacy hanya kepada persembahannya.

“Saya hanya mahu buat persembahan. Sampai saat ini, saya sudah tidak sabar untuk nyanyi. Saya mahu semua penonton terhibur,” katanya.


(Dipetik daripada artikel@Kosmo Online)

No comments:

Related Posts with Thumbnails