JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, January 15, 2010

BETUL KE STACY KEKWAT?



Ditulis oleh
ManggaMuda@Mangga Online


Malam-malam hari beberapa hari lalu Mangga Muda dapat pesanan ringkas (SMS) yang membuat luahan hati pasal penyanyi wanita energetik Stacy. Katanya penyanyi itu kekwat. Betul ke?

Macam ni kisahnya. Pengadu tu kata dia ternampak Stacy berlagak semasa menaiki sebuh pesawat untuk balik ke kampung bersama ibunya. Sebaik sahaja naik pesawat, seorang pramugari senyum dan mengucap selamat pagi kepadanya. Tapi katanya Stacy buat tak tahu sahaja malah memalingkan muka apabila ditegur.

Apabila mahukan bantal dan selimut dengan anak kapal pun dia suruh ibunya yang mintak. Malah semasa pramugari datang tanya pasal makanan pun dia buat tak endah dan suruh ibunya yang cakap apa makanan yang dia mahu.

"Pramugari tu macam tak wujud di situ. Sikap kekwat dia tu berterusan sehinggalah sampai ke Kota Kinabalu. Mulanya ingat nak bergambar kenangan dengan dia, tapi terus batalkan sebab nampak perangai dia yang sombong tu," kata pengadu tadi.

Oh! Macam tu ke? Tak beranilah Mangga Muda nak cakap apa. Tak tahulah benar atau tidak aduan tu. Manalah tahu kut kut dia sengaja nak memburuk-burukkan Stacy kan? Ataupun agaknya hari itu Stacy bad mood ataupun suara dia serak... sebab itu dia tak nak bercakap dengan pramugari itu.


No comments:

Related Posts with Thumbnails