(Petikan daripada majalah Media Hiburan 23-29 Januari 2010)

Meskipun tewas pada malam AJL lalu, namun Stacy dan Akim tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima anugerah khas daripada Hotlink selaku penaja rasmi Anugerah Juara Lagu ke -24.
Stacy unggul apabila berjaya menerima Anugerah Artis Popular Pilihan Hotlink manakala Akim memenangi Anugerah Penerima Nada Dering Tertinggi Hotlink.
Kedua-duanya memenangi anugerah tersebut melalui Peraduan Saat Kegemilangan Anugerah Juara Lagu 24 Bersama Hotlink yg terbuka kepada semua penonton.
Undian SMS tersebut bermula pada 1 Disember 2009 dan berakhir pada 1 Januari 2010.
No comments:
Post a Comment