JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, January 22, 2010

STACY BERI PENJELASAN TENTANG ISU KEKWAT@HARIAN METRO


Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com.my


TIDAK dinafikan populariti diraih Stracie Angie Anam atau Stacy ketika ini, memang hebat. Ditambah pula liuk tubuhnya yang rancak tatkala menari di atas pentas disusuli dengan lontaran vokal, pasti membuatkan sesiapa saja ingin turut serta.

Semuanya gara-gara penyanyi Pakai Buang ini tidak membalas senyuman dan teguran mesra daripada seorang pramugari ketika dia menaiki sebuah pesawat untuk balik kampung bersama ibu dan abangnya. Pelik juga, kerana sebelum ini media mengenalinya seorang yang peramah dan paling penting mudah memberi kerjasama.

Menghubunginya baru-baru ini, kata Stacy, 19, dia agak terkejut dengan penularan gosip itu kerana sebolehnya dia amat mementingkan jalinan mesra bersama peminat. Tidak marah atau melenting, dia menganggap semua itu harga perlu dibayar apabila menjadi insan seni.

"Ketika diberitahu mengenai gosip ini, saya berada di Sabah. Terkejut jugalah, kerana rasanya tiada siapa pun yang menegur saya ketika menaiki pesawat itu. Sebenarnya, saya sangat mengantuk dan agak 'mamai' pada masa itu kerana penerbangan kami jam 7 pagi dan malam sebelumnya saya langsung tidak dapat tidur disebabkan urusan kerja.

"Biarpun begitu, saya masih sedar dan ingat dengan jelas tiada seorang pun pramugari menegur saya. Seingat saya, masuk saja dalam pesawat itu saya terus ke tempat duduk dan sambung tidur. Mungkin disebabkan saya tunduk ketika menuju ke tempat duduk, menyebabkan ada yang ingat saya sombong.

"Sebenarnya, saya terpaksa tunduk kerana tidak mahu orang tengok muka saya ketika itu yang letih dan pucat, itu saja. Mengenai saya buat tak endah dengan pramugari apabila ditanya mengenai makanan atau suruh 'mummy' saja bercakap dengan mereka meminta bantal dan selimut, dakwaan itu tidak betul.

"Dalam keadaan 'mamai', mummy yang tanya sama ada saya nak bantal, selimut atau makanan dan saya cuma mengiyakan sajalah, kemudian sambung kembali tidur. Bukan saya kata tidur lebih penting daripada layan peminat kerana saya tahu tanpa mereka sudah tentu karier seni tidak ke mana.

"Cuma, takkanlah saya terhegeh-hegeh tegur mereka nanti kata saya 'perasan' atau syok sendiri pula. Kalau mereka tegur, sudah tentu saya akan layan mereka dengan baik. Masalahnya, saya langsung tidak dengar sesiapa di situ menegur saya. Saya minta maaf sesiapa yang terasa dan gosip ini banyak mengajar saya akan kehidupan seni.

"Selepas kejadian itu, jumpa sesiapa saja saya akan tegur dan senyum kerana tidak mahu perkara sama berulang kembali. Mungkin mereka malu dan untuk itu saya akan mulakan dulu,"
katanya. Mengenai perkembangan seni selepas berakhirnya Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24), seperti biasa Stacy mula sibuk memenuhi undangan persembahan sama ada majlis korporat atau Astro.

No comments:

Related Posts with Thumbnails