JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, January 3, 2010

MAHU TAMPIL BERBEZA ~ RIZ



Riz



Salam Riz, apa khabar? Tahniah atas kelahiran album sulung Riz Bermula Semula, suka sangat dengar lagu-lagu dalam album ini.

1. Bagi mempromosikan album ini, adakah Riz merancang untuk membuat road tour?

2. Saya suka lagu Khilaf, sedih bila menghayati lagu ini. Apa perasaan Riz masa merakamkan lagu ini?

3. Cover album Riz sangat unik dan menarik, adakah ia idea Riz sendiri atau orang lain?

* Tun Fatimah, Sentul, Kuala Lumpur.

RIZ

1. Insyaallah kalau ada rezeki memang nak buat road tour bagi mempromosikan album Bermula Semula. Tapi semuanya masih dalam perancangan dan Riz berharap peminat bersabar dan mengikuti perkembangan terbaru Riz.

2. Khilaf memang salah satu lagu kegemaran saya. Sewaktu saya merakamkan lagu Khilaf, memang ada terasa sebaknya dan pelbagai kenangan lalu kembali bertamu dalam ingatan saya. Sudah tentu saya teringat kisah-kisah lama.

3. Terharu apabila anda suka kepada cover album tersebut. Sebenarnya idea itu datangnya melalui perbincangan Riz, Ejam (pembantu saya) dan Kak Liza Wake The Baby. Memang Riz nak ia lain daripada yang lain dan memberikan ingatan kepada peminat.



Tak mahu peminat bosan

ASSALAMUALAIKUM adik Riz yang dihormati, akak harap adik Riz semakin sihat. Tahniah atas kelahiran album sulung adik. Akak ada soalan nak tanya pada adik.

1. Album sulung adik berentak R&B. Adakah selepas ini adik akan pelbagaikan lagi rentak lagu dalam album adik yang seterusnya? Sebab suara adik sesuai membawa pelbagai jenis rentak lagu.

2. Apa kata adik buat single duet dengan Stacy? Pasti meletup!

3. Apakah perancangan adik Riz untuk memantapkan lagi karier adik dalam bidang seni pada masa hadapan?

* CIMASIS70, Ipoh, Perak.

RIZ

1. Insyaallah, kalau ada peluang pada masa akan datang, saya memang ingin mencuba pelbagai rentak lagu bagi membuktikan yang Riz serba boleh. Kalau dapat lagu Melayu Asli pun saya akan cuba.

2. Single duet dengan Stacy? Huhuhu. Kalau ada peluang saya tidak akan menolak. Nak kena belajar menari pula memandangkan Stacy memang pandai menari.

3. Riz akui Riz kena bekerja keras untuk memantapkan lagi karier seni Riz agar lebih bersinar pada masa hadapan. Riz juga kena memberikan kelainan kepada peminat mereka tidak bosan.

Hanya selisih faham dengan Alyah

Assalamualaikum Riz, Saya merupakan peminat setia anda dan sangat menyokong kerjaya seni anda supaya lebih maju pada masa hadapan.

1. Apa yang sebenarnya berlaku pada anda dan Alyah?

2. Sepanjang menjadi anak seni, pelbagai gosip yang kurang enak sering kali melatari kerjaya seni anda. Apa perasaan anda bila anda gosip yang boleh mendatangkan keaiban?

3. Apa strategi anda untuk terus kekal dalam bidang ini?

* Kimi Natasha, Kuala Lumpur.

RIZ

1. Pada saya, tiada masalah besar pun yang berlaku antara kami. Cuma perselisihan faham sedikit. Bagi saya tak perlu nak diperbesarkan masalah yang ada sebaliknya cari jalan penyelesaian dengan baik. Riz juga tak mahu peminat mendengar kisah tersebut melalui orang ketiga.

2. Kalau ada gosip-gosip liar yang tidak benar, saya akan abaikan. Lagipun sudah banyak kali nama saya dikaitkan dengan perkara yang tak berasas. Saya mengambil pengajaran melalui artis-artis yang sudah berpengalaman supaya jangan cepat melatah dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

3. Macam-macam strategi yang Riz fikirkan sebenarnya. Riz perlu menghasilkan lagu mengikut cita rasa pendengar agar dapat diterima ramai.

Tumpu bidang nyanyian

Hai Riz. Harap Riz sentiasa sihat dan maju jaya sepanjang bergelar anak seni. Sebagai peminat anda saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri anda.

1. Apa pendapat Riz tentang dunia muzik tempatan?

2. Siapakah penyanyi yang paling anda kagumi?

3. Selain menyanyi tidakkah Riz memikirkan untuk mengembangkan bakat dalam bidang yang lain?

* Camelia Chairil, Johor Baharu.

RIZ

1. Bagi saya, dunia muzik tempatan makin berkembang dari segi kualiti lagu-lagu yang dihasilkan oleh anak seni tempatan. Dari sudut yang berbeza seperti jualan album mungkin sedikit lembap kerana industri muzik tempatan bukanlah meluas satu dunia seperti industri muzik di luar negara. Dengan adanya cetak rompak dan muat turun percuma ia turut memberi kesan kepada industri seni kita.

2. Riz sangat menyukai Robbie Williams, Luther Vendros dan Whitney Houston.

3. Setakat ini, saya ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier saya sebagai seorang penyanyi. Saya juga masih belum memikirkan bidang yang lain.


Teruja dengan Bermula Semula

Hai Riz.

Apa khabar? Saya sangat teruja apabila mendapat tahu yang Riz sudahpun mengeluarkan album sulung tetapi dalam masa yang sama saya sedih kerana belum berkesempatan mendapatkannya.

1. Apa strategi Riz untuk selepas mengeluarkan album?

2. Adakah Riz benar-benar berpuas hati dengan album tersebut?

3. Dalam banyak-banyak lagu yang terkandung dalam album itu, lagu mana yang paling anda suka dan mengapa?

* Faiz Musa, Kajang, Selangor.

RIZ

1. Insyaallah kalau ada rezeki saya teringin nak buat road tour agar dapat bertemu dengan peminat-peminat di seluruh Malaysia dan lebih dekat dengan mereka. Ini cara saya berterima kasih kerana mereka menyokong saya sejak dahulu lagi.

2. Alhamdulillah, sebagai album sulung, saya sangat berpuas hati dengan album Bermula Semula. Ini yang saya perjuangkan selama ini dan sudah pasti saya sangat teruja dengannya.

3. Kalau tanya saya, mesti semua lagu saya suka sebab saya yang pilih semua lagu yang ada dalam album ni. Hahaha... Kalau nak tahu kenapa saya pilih dan suka lagu-lagu dalam album saya, jangan lupa beli.



Berazam memperbaiki diri

Assalamualaikum Riz, apa khabar? Semoga setiap langkah dalam kerjaya seni anda akan diberkati oleh Ilahi dan saya akan tetap menyokong kerjaya seni anda sampai bila-bila.

1. Apa azam tahun baru Riz?

2. Sudah jumpa pasangan yang sesuai? Apa ciri-ciri wanita pilihan anda?

3. Apa impian Riz yang masih belum tercapai?

* Mastura Radzi, Ipoh, Perak.

RIZ

1. Azam tahun baru? Riz mahu memperbaiki diri untuk menjadi manusia yang lebih baik. Selain itu Riz juga mahu berjaya dalam bidang seni seperti yang dikecapi oleh orang lain.

2. Pasangan yang sesuai? Tak jumpa lagi. Kalau boleh biarlah sedap mata memandang, manis budi pekerti, bijak berfikir dan yang paling penting baik hati.

3. Banyak lagi sebenarnya lagipun saya masih muda. Tapi salah satunya, teringin nak buat konsert sendiri satu hari nanti. Susah nak capai tu tapi saya akan cuba ke arah itu.



(Petikan daripada ruangan Artis Jawab@Pancaindera Mingguan Malaysia 3/1/2010)


No comments:

Related Posts with Thumbnails