JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Thursday, December 17, 2009

AKIM & STACY ~ SEDANG INGIN BERCINTA


Teks
Wahida Othman
Foto Shahril Azman Zain & Noor Azlina Jaafar
Lokasi Pullman Hotel & Resort Putrajaya

BERTEMU dua bintang kelahiran program realiti TV, Akademi Fantasia sememangnya membuatkan penulis berada dalam keadaan berteka-teki. Apakan tidak, gurau senda dan keletah manja di antara Stacy bersama Akim, benar-benar menggambarkan mereka seperti sedang ingin bercinta.

Yang menariknya, mereka tidak menolak jika dicadangkan supaya beraksi mesra ketika berada di hadapan lensa kamera.
Namun, di sebalik sifat mesra dan manja mereka itu, ada ketikanya mereka bergaduh sehingga bertarik-tarikan rambut. Kelihatan pelik, tetapi itulah hakikatnya.

Stacy Bawa Akim Jumpa Ibu

Stacy
sangat menyenangi hubungan yg terjalin di antara mereka, biarpun ia hanya berlandaskan status 'sahabat'.

"Akim pernah jumpa ibu saya, dan mereka juga telah kenal rapat. Kami selalu lakukan aktiviti bersama, jadi sudah tentu ibu saya juga sudah mengenali Akim.

"Mendengar gosip kami bercinta, ibu hanya ketawa. Katanya gosip itu kelakar, sebab dia pun tahu kami berdua tidak bercinta.

"Apa tidaknya, sepanjang masa dia lihat kami asyik bergaduh, jadi mana mungkin kami sempat nak bercinta. Akim bising orangnya, begitu juga dengan saya. Bila berjumpa. ada saja yg tak kena. Walaupun sering bergaduh kami tetap senang bila bersama.

"Saya senang berkawan dengan dia sebab dia boleh dibawa bergurau kasar, tak macam orang lain."

Tidak Mesra Peminat

Gadis lincah ini pernah dicemuh kerana sikapnya yg dikatakan tidak mesra apabila melayan peminat. Namun dengan merendah diri, Stacy memohon maaf sekiranya kelakuannya itu menyinggung mana-mana pihak.

"Susah nak jelaskan... sebenarnya bukan saya sengaja tidak mahu layan mereka, tapi ada kalanya saya tak dengar mereka jerit nama saya. Sebab itulah saya tak berpaling pada mereka."


"Bila berada di mana-mana konsert, saya biasanya terikat dengan arahan pihak penganjur. Saya tak boleh keluar berjumpa peminat sesuka hati sebab nanti akan menyusahkan mereka.

"Tapi kebanyakan peminat tak boleh terima. Bila mereka memanggil tetapi saya pula tak dapat datang ke arah mereka, maka jadilah cerita yg kononnya saya sudah mula tinggi diri dan sombong.

"Saya minta maaf jika perkara itu menyakiti hati mereka. Tapi saya betul-betul tak ada niat untuk berkelakuan seperti itu,"
luah Stacy yg sukar meninggalkan loghat Sabahnya sehingga menyukarkannya menerima tawaran berlakon.


(Petikan daripada majalah HAI keluaran 20 Disember 2009)

No comments:

Related Posts with Thumbnails