JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Thursday, December 24, 2009

STACY ANTARA ARTIS PALING MENYERLAH 2009


Petikan daripada
GUA.COM


STACY

Juara AF musim ke-6 ini memang digilai oleh ramai peminat, sama ada wanita mahupun lelaki. Kelincahan gadis ini ketika beraksi di atas pentas pernah mengundang tuduhan yang mengatakan dia cuba meniru Agnes Monica, penyanyi dari Indonesia. Namun, tuduhan ini disangkal Stacy.

Album sulungnya, ‘Aku Stacy’ mendapat sambutan hangat walaupun hanya memuatkan tiga lagu baru. Single “Pakai Buang”, ciptaan Edry KRU, selain daripada menjadi hit, juga layak bertanding di AJL24 pada Januari depan. Kehadiran gadis ini dalam industri semakin menyerlah apabila dia memberanikan diri mencuba bidang lakonan seperti dalam drama ‘Kau & Aku’ dan telefilem ‘Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya’.

No comments:

Related Posts with Thumbnails