JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, December 11, 2009

SEJAK JADI ARTIS, TIDUR TAK MENENTU ~ STACY



Oleh Akhrun Musa
Foto Jeffri Iran

PENYANYI Stacy mengaku,semenjak menjadi artis popular, waktu tidurnya sudah tidak cukup. Ada waktunya, dia tidur cuma dua atau tiga jam sahaja.

‘‘Memang waktu tidur saya tak menentu bila saya sudah jadi artis yang dikenali. Saya akan pergi show ke sana sini. Kalau ada rakaman di studio, saya berjaga sampai ke pagi. Saya tak lagi tidur macam orang lain tidur, ada waktu pukul berapa masuk bilik dan bangun awal pagi . Bagaimanapun,bila saya tak tidur semalaman kerana show atau recording, saya pasti akan tidur sepanjang waktu siang.

‘‘Kalau dulu waktu saya belum masuk Akademi Fantasia (AF6), saya menyanyi di kelab. Ya saya habis kerja lewat malam tapi waktu tidur saya tak seperti sekarang. Waktu dulu saya menyanyi di dua tempat. Satu bermula pukul 6.00 petang sehingga 9.00 malam di restoran dan di kelab malam,pukul 10.00 malam hinggalah pukul 2.00 pagi.Selepas itu saya akan terus pulang dan tidur sehinggalah ke petang esok. Sekurang-kurangnya dulu saya mampu tidur dari enam hingga ke lapan jam setiap hari,’’
tegas Stacy lagi.

‘‘Sekarang, ada waktu hanya tiga jam, ada waktu,lima jam dan ada ketikanya baru cukup enam jam. Waktu awal-awal sibuk dengan show setelah jadi artis, saya agak pening dengan jadual tidur. Sebenarnya, saya ada masalah kalau tak cukup tidur. Ya, suara saya boleh hilang. Bukan itu sahaja malah kalau tak cukup tidur saya akan jadi bad mood!

‘‘Tapi setelah saya terbiasa dengan waktu tidur tak menentu…kini saya boleh mengatasinya. Saya juga ada menerima nasihat daripada penyanyi-penyanyi senior tentang macam mana nak jaga suara walaupun tak cukup tidur. Kata mereka penyanyi kena pandai bermain dengan psikologi. Jangan terlalu memikirkan tentang tak cukup tidur itu.

‘‘Tapi bagi saya, andai saya ada waktu lapang,saya akan tidur.Janji waktu saya nak tidur,suasananya selesa dan tak bising,’’
ceritanya.


(Petikan daripada majalah URTV keluaran 1-15hb Mei 2009)

No comments:

Related Posts with Thumbnails