Oleh Normah Becok @Berita Harian Online

Itulah namanya seorang presiden yang bertanggungjawab kerana dia sanggup datang berjumpa dengan Berita Harian untuk mendapatkan penjelasan. Kosmanto tidak percaya perkara begini wajar ditangani dengan emosi. Tabik Cik Normah dengan sikap Kosmanto ni!
Cik Normah mewakili Berita Harian memohon maaf di atas kekhilafan itu kerana apa yang berlaku bukan disengajakan. Nama pun manusia dan ralat itu pastinya berlaku. Pihak kami sendiri terkejut apabila nama Stacy yang sangat popular itu boleh terlepas pandang sehingga tidak dimasukkan di dalam kategori terbabit.
Pihak Astro Entertainment Sdn Bhd pun satu, apalah salahnya saling ingat-mengingati agar jawatankuasa pencalonan yang diketuai Abang Z tidak terlepas pandang, al-maklumlah senarai artis yang layak untuk bertanding memang panjang.
Untuk maklumat pembaca, syaratnya adalah seseorang artis itu perlu sekurang-kurangnya mempunyai satu single dan lagu itu pula pernah diputarkan di stesen radio dan televisyen.
Cik Normah diberitahu rakan sepejabat yang bertemu dengan ‘orang kuat’ Kelab Peminat Stacy itu gara-gara nama Stacy tidak dicalonkan, sudah ada peminatnya yang terkilan. Tak apa, buat peminat Stacy, jangan risau untuk cetakan minggu seterusnya, nama Stacy pasti ada. Jangan lupa beli akhbar Berita Harian untuk mengundi artis pilihan sendiri sudahlah ye.
No comments:
Post a Comment