JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, December 27, 2009

BERDAMAILAH ALYAH DAN RIZ



KOMEN DIVA INTERAKTIF@KOSMO ONLINE


DIVA tak nak salahkan sesiapa dalam hal Alyah dan rakan duetnya, Riz gara-gara lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang dirakamkan semula Riz dalam versi solo.

Bila baca kenyataan Alyah, Riz tak patut berbuat demikian terhadap 'haknya', Diva kasihan juga.

Diva faham perasaan bila keringat kita dicuri orang. Tapi bila dengar penjelasan Riz yang mengatakan dia berusaha mengajak Alyah berbincang termasuk usaha menghantar surat kepada pihak Alyah tetapi tidak dilayan, Diva pun kasihan juga.

Tambah Riz, dia tak ada wang yang banyak untuk bayar ganti rugi kepada Alyah seperti yang dituntut.

Masalahnya, Diva rasa Alyah dan Riz lebih baik berunding tanpa menggunakan media sebagai orang tengah menjaja cerita yang boleh selesai ini.

Kalau tak silap, Diva ada terbaca kenyataan Alyah dalam akhbar yang mengatakan Alyah sesuai bergerak solo. Intepretasi Diva, mungkin Alyah memang benar-benar maksudkan itu kerana setiap kali Alyah berkolaborasi, pasti ada insiden yang berlaku.

Untuk Riz pula, tak perlulah risau sangat sebab setahu Diva, sesiapa saja berhak untuk membawa lagu cover version dan lagu tersebut adalah hak komposer.

Jadi, jika Ajai sendiri selaku komposer sudah memberi lampu hijau, Diva yakin masalah ini tak sepatutnya terjadi.

Bawa-bawalah berbincang. Jangan sensasikan nama secara kontroversi begini. Industri muzik kita kecil sahaja, esok lusa berlaga punggung juga.



Diva:Hidup lagi damai kalau semua saling memaafkan.


****MASALAH NI TAK PERLU DIPERBESARKAN KERANA SUDAH JELAS KEBENARANNYA. RIZ MEMANG DAH MINTA MAAF DAN MAHU BERDAMAI, ALYAH PULA MACAMANA?




No comments:

Related Posts with Thumbnails