JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Wednesday, December 30, 2009

SIAPA BAKAL JUARA AJL24?



Photo & Info From Gua.com


Anugerah Juara Lagu ke-24(AJL24) akan berlangsung pada 10 Januari 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil. Lagu mana yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu? Keputusannya di tangan panel juri pada malam itu.

Namun @ website gua.com, anda boleh mengundi lagu yg anda rasakan paling layak bergelar Juara AJL24. Nanti kita boleh tengok adakah pilihan juri sama dengan pilihan penonton. Ketika ini undian untuk lagu 'Pakai Buang' oleh Stacy mendahului dengan 30.3%. Untuk mengundi, klik link di bawah:



http://www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=4382


Undi suka-suka saja.. tak ada hadiah disediakan...

Ramai yg meramalkan Stacy akan menang pada malam itu... sama ada Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik atau salah satu daripada 3 tempat Juara Lagu. Apa-apa pun, kita tunggu!!

Hadiah-hadiah Untuk AJL24

Juara Lagu: RM35, 000 dan trofi
Naib Juara Lagu: RM15, 000 dan trofi
Tempat Ketiga: RM12, 000 dan trofi
Persembahan Terbaik: RM10, 000 dan trofi
Vokal Terbaik: RM10, 000 dan trofi

Pemilihan pemenang dibuat 70% sebelum persembahan dan 30% berdasarkan persembahan pada malam pertandingan. Sementara untuk anugerah Persembahan dan Vokal Terbaik, pemilihan dibuat berdasarkan persembahan pada malam pertandingan.




No comments:

Related Posts with Thumbnails