JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Thursday, December 3, 2009

STACY BIMBANG VOKAL



Oleh
Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my

BERTENAGA...Stacy mahu buat persembahan terbaik.


BIARPUN ramai meramalkan Stacy antara calon pilihan untuk menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) bulan depan, gadis kelahiran Sabah ini tidak pernah menganggap dirinya berada dalam kedudukan selesa.

Justeru, pelbagai persiapan rapi dibuat kerana merasakan banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki menjelang malam penentuan final pada 10 Januari depan.

Lagu Pakai Buang hasil ciptaan Edry nyanyian Stacy akan bersaing bersama 13 lagu lain merebut anugerah lagu terbaik.

Sewaktu dihubungi, Stacy sibuk dengan persediaan, sekali gus membuktikan dirinya komited memberikan persembahan terbaik.

"Meskipun sibuk terutama dengan jelajah Anugerah Juara Lagu (AJL) serta pelbagai program persembahan, saya tetap pastikan latihan tidak terjejas.

"Setakat ini, paling membimbangkan adalah tahap vokal dan mencari keserasian rentak bersama penari iringan. Pada pandangan saya, baru 10 peratus fasa latihan selesai dan masih banyak perlu dipertingkatkan dalam jangka masa pendek.

"Saya tidak akan putus asa dan akan terus memastikan latihan ditetapkan mencapai matlamat, paling penting membuatkan saya, rakan rakan dan peminat sentiasa gembira.

"Saya tidak kisah walaupun kurang rehat kerana paling penting perancangan diatur berjalan lancar dan mengikut program disusun bagi memastikan segala galanya menepati apa dimahukan.

"Bagi saya, untuk berjaya seseorang perlu berusaha lebih keras dan tidak mudah mengalah dengan cepat.

"Pada masa sama, saya hargai sokongan peminat, mereka sentiasa memberi dorongan kepada saya dan mereka jugalah membuatkan diri saya tetap bersemangat tinggi memperbaiki kualiti persembahan dalam bidang nyanyian dan tarian,"
kata Stacy, juara Akademi Fantasia Musim 6.

Katanya:
"Saya mahu memastikan perancangan dalam karier nyanyian berjalan lancar dan memberi keutamaan pada mana yang perlu didahulukan. Bidang lakonan akan difikirkan kemudian."

Stacy mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. Dia akan memulakan kursus diploma semester pertama muzik dan bunyi pada Februari tahun ini.

Pada Jun lalu, Stacy muncul juara Shout! Awards 2009 dalam kategori Anugerah Bintang Pop.

No comments:

Related Posts with Thumbnails