JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, December 5, 2009

STACY@KLIK 1 DISEMBER 2009


STACY KAKI MENARI

Teks Murliza
Foto Unit Foto KKSB

Program realiti ‘Akademi Fantasia 6’ telah membawa gadis muda dari Sabah ini menjadi terkenal setanding dengan artis-artis baru yg lain. Tiada siapa dapat menduga, rezeki yg datang berpihak sehingga berjaya mengubah hidup dan keluarganya yg dahulu susah.

Dek kerana minat menyanyi dan menari, Stacy kini berjaya bergelar artis remaja yg berbakat. Mungkin kerana rezeki selepas bergelar juara, Stacy mendapat pembiayaan penuh untuk menyambung pelajaran peringkat diploma dalam bidang muzik di Universiti Lim Kok Wing. Stacy yg dijangka menyambung kuliahnya Februari lepas terpaksa ditangguhkan.

“Bukan menolak mahupun tak minat tapi atas sebab kesuntukan masa. Tambahan pula, Stacy tak boleh menumpukan kedua-duanya serentak,” kata Stacy.

Menurut Stacy, ia ingin fokus pada satu cabang dulu iaitu menyanyi. Jika dah konsisten dan pandai membahagikan masa, barulah Stacy akan menyambung pelajarannya.


No comments:

Related Posts with Thumbnails