JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Monday, December 28, 2009

RIZ ... KINI JAGA MAKAN


Ketika bertandang ke Balai Berita beberapa hari lalu bagi mengedarkan album sulung, Riz sempat berkongsi pengalaman peritnya menjalani pembedahan apendiks.

Jejaka kelahiran Grik, Perak ini tidak tahu dia menghidap apendiks hinggalah mengalami sakit perut teramat sangat pada pagi kedua Aidiladha.

Atas nasihat doktor, dia menjalani pembedahan pada malam itu juga dan empat hari kemudian dibenarkan pulang ke rumah. Bagaimanapun, keesokan harinya dia dimasukkan semula ke hospital berikutan bekas pembedahan itu bernanah akibat jangkitan kuman.

“Jahitan pembedahan itu terpaksa dibuka semula. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Setiap hari bekas jahitan itu dicuci sebanyak tiga kali. Pengalaman itu akan saya ingat sampai bila-bila.

“Alhamdulillah selepas dua minggu saya semakin sihat cuma kenalah berpantang daripada mengambil makanan yang boleh mengundang gatal pada bekas jahitan pembedahan.

“Walaupun masih ada rasa ngilu dan sengal-sengal pada jahitan pembedahan, saya sudah boleh bekerja dan mula sibuk dengan rangka promosi album sulung yang berada di pasaran sejak Selasa lalu,”
katanya.

Album berjudul Riz Bermula Semula itu memuatkan lapan lagu, termasuk Hanya Sandiwara yg dinyanyikan ketika final Akademi Fantasia 6.

No comments:

Related Posts with Thumbnails