JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Monday, December 14, 2009

STACY TAKKAN SOROK KEKASIH!


Oleh Fadhil Abdollah
Foto Azlina Jaafar


Cerita Stacy:

“Semua orang nak bercinta begitu juga Stacy. Cuma buat masa ni Stacy belum bersedia lagi. Bukannya Stacy jual mahal, Cuma rasa cinta itu tak penting buat masa sekarang.

“Tak dinafikan, Stacy jealous juga tengok kawan-kawan bahagia dengan pakwe masing-masing. Namun bila fikir balik, Stacy lebih bahagia dengan kerjaya dan famili Stacy yg happening sepanjang masa.

“Sebenarnya Stacy ni jenis yg suka berahsia dan kurang suka berkongsi hal-hal peribadi. Tapi bila Stacy dah ada kekasih nanti, Stacy takkan sorok dia tau!

“Tentang gossip cinta Stacy sebelum ini pun tak adalah Stacy tension atau melenting. Cuma kadang-kadang terkejut dan kelakar juga. Stacy faham semuanya usik-usik manja gitu kan! Dapat juga bantu populariti tapi harap tak keterlaluan.


“Bercakap tentang lagu Menggegar Dunia, Stacy happy sangat dapat berduet dengan Adam. Ye laa, kami sama-sama berasal dari Sabah, jadi tak timbullah masalah komunikasi. Lagipun kami memang dah lama berkawan rapat. Stacy dah anggap Adam seperti abang sendiri.

“Kalau ada yg tanya tentang perasaan cinta tu, tak mungkin saya dan Adam bercinta. Kalau dah macam adik-beradik macam mana pula boleh wujud perasaan cinta kan!

“Sempena tahun baru ni, Stacy berharap kerjaya Stacy akan lebih maju dan terus buat yg terbaik sama ada dalam show mahupun album.

“Stacy juga akan terus menimba ilmu dalam bidang ini apabila berpeluang sambung study dalam jurusan Sound & Music di Lim Kok Wing, Cyberjaya. Selepas ini Stacy mesti bijak membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran. Kalau boleh Stacy nak kedua-duanya balance.


Haa…ada pihak yg mencadangkan Stacy supaya ratakan gigi taringnya untuk nampak lebih cantik. Namun Stacy menolaknya kerana bersyukur dengan pemberian tuhan.

“Tak dinafikan ada pihak yg nak tanggung untuk ratakan gigi taring Stacy ni. Mereka cakap senyuman Stacy akan nampak lebih cantik dengan gigi yg rata.

“Stacy tolak sebab sayang dengan gigi taring ni. Gigi inilah yg banyak membantu Stacy dari kecil untuk makan apa saja. Lagipun gigi ni bukannya rosak dan Stacy selesa dengannya.


“Mungkin bagi seseorang gigi yg rata itu amat penting. Bagi Stacy itu pendapat masing-masing.

“Apa yg penting, ada yg cakap Stacy nampak cute dan manis dengan adanya gigi taring tu…”.

Tahniah kepada Stacy kerana telah mempunyai syarikat sendiri iaitu Angie’z Music Entertainment.


(Petikan daripada majalah Mangga bulan Januari 2010)

No comments:

Related Posts with Thumbnails