JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Monday, December 14, 2009

SAYA MENGAKU BERCINTA DENGAN ALYAH ~ RIZ


WAH… dalam diam-diam, bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam Riz mengaku dengan MANGGA yang dia bercinta dengan penyanyi Alyah. Amboi…. Berani mati tu! Dah lama agaknya mereka berdua ni bercinta? Tak dengar khabar pun, tiba-tiba saja Riz mengaku. Ermm.. takkan sorok-sorok kut?

“Saya megaku saya bercinta dengan Alyah tapi jangan salah sangka pula. Kami bercinta dalam lagu saja iaitu Ku Pinjam Satu Bintang, tak lebih dari itu. Jangan pula buat cerita lain ye. Tak baik tau!

“Kami memang ada chemistry tapi hanya sebagai kawan baik. Bagi saya Alyah seorang yang professional dan mudah diajak berbincang, apatah lagi kalau melibatkan soal kerja.

“Hubungan saya dengan dia tak lebih seperti seorang adik dan kakak. Jadi dengan penjelasan ini saya harap peminat akan faham dan tidak lagi memandang serong kepada saya.

“Jika diizinkan selepas ini saya bercadang berduet bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor. Mereka berdua adalah mentor dan idola saya sejak dulu. Rasanya penyanyi lain di Malaysia ni pun menyimpan impian seperti saya ini. Saya berharap angan-angan saya ini akan termakbul satu hari nanti,” kata Riz.

Yang penting sekarang ini, rezeki Riz memang mencurah-curah. Bukan dalam bidang seni saja tapi dalam bidang perniagaan, makin menunjukkan kejayaan. Dia dah ada dua restoran yg dibuka di Perak. Tahniah untuk Riz.

“Dua restoran saya di Perak sekarang ni diuruskan oleh keluarga saya. Memang seronok bila dah mula berniaga macam ni. Sekarang ni pun saya sedang mengintai peluang-peluang yg lain. Kalau rasa menepati dan bersesuaian dengan jiwa saya, mungkin saya akan cuba.

“Inilah aset yang saya ada. Maklumlah, orang suka kita waktu kita popular. Nanti bila nama dah tiada, perniagaan inilah yang akan menjamin masa depan saya. Lebih baik saya bersedia dari awal lagi supaya tak susah kemudian hari,”
kata Riz.



(Petikan daripada majalah Mangga keluaran Januari 2010.)

No comments:

Related Posts with Thumbnails