JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, December 5, 2009

ALYAH & RIZ BERMASAM MUKA?@HAI 7 DISEMBER 2009


Oleh Wahida Othman


Di peringkat awal membina populariti, Alyah dan Riz dilihat sebagai pasangan duet baru yg bakal menjejaki kegemilangan yg pernah dibina beberapa pasangan duet terdahulu antaranya, Uji Rashid dan Hail Amir, Roy dan Fran, serta Shanty dan Marcell.

Kemesraan yg dipamerkan sewaktu melagukan Ku Pinjam Satu Bintang juga pernah menerbitkan gosip kononnya mereka turut bercinta.

Menyepi seketika daripada sebarang gosip tiba-tiba sahaja, dua 'sahabat baik' ini dikatakan khabarnya sudah mula bermasam muka.

Khabarnya, Alyah kini tidak lagi selesa jika bergandingan bersama teman duetnya itu. Apakah benar khabar yg HAI dengar itu?

"Saya tahu betapa susah dan payahnya seseorang artis itu hendak melahirkan album, kerana saya pernah mengharunginya.

"Saya pantau segala perjalanan dalam pembikinan album saya, termasuk lagu duet saya bersama Riz, Ku pinjam Satu Bintang.

"Riz pernah minta lagu duet itu dimuatkan dalam album sulungnya, tapi selepas itu tiada tindakan lanjut daripadanya.

"Perkara ini kemudiannya jadi senyap begitu saja hinggakan ada orang yg memaklumkan pada saya bahawa lagu tersebut bakal dimuatkan dalam album sulung Riz tetapi dinyanyikan dalam versi solo.

"Saya memang terkilan. Mana budi bicara dia sebelum mengambilnya? Kenapa tiada sesiapa yg beritahu saya terlebih dahulu sebelum buat keputusan itu?

"Secara jujur, saya memang rasa tertipu. Seolah-olah keputusan itu membelakangkan saya kerana lagu itu milik saya dan saya yg membelinya,"
luah Alyah.

Menurut Alyah biarpun dalam hatinya penuh dengan kekecewaan, namun dia memaafkan Riz dan pihak pengurusan yg terbabit dalam hal tersebut.

"Kami sudah pun bertemu dan duduk berbincang. Keputusannya, ini adalah kesilapan pihak pengurusan. mungkin mereka ada tersalah faham terhadap status lagu itu.

"Tentang hubungan saya dan Riz, kami masih lagi berkawan. Tapi, saya tak boleh kata keadaan kami masih sama seperti dahulu. Mungkin tak ada lagi gurau senda, usik-mengusik atau bertepuk tampar antara kami.

"Memang saya maafkan dia, tapi keadaannya tetap tidak akan sama seperti dahulu. Saya sangat terluka, dan rasanya saya dah tak boleh senyum pada dia lagi,"
cerita Alyah.



*****KITA TUNGGU PULAK PENJELASAN DARIPADA RIZ TENTANG HAL INI... RASANYA SALAH FAHAM JER TU....


No comments:

Related Posts with Thumbnails