JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, December 19, 2009

RIZ TERHIDU BAU BANGKAI SEBELUM TIDUR



Teks & Foto Alzahrin Alias


Ketika dimaklumkan tentang cerita Riz dimasukkan ke hospital, MH terkejut kerana baru sahaja mengadakan aktiviti bersama dengan penyanyi ini. Namun khabar yg diterima lagi, mengatakan Riz telah dimasukkan untuk kali kedua dalam masa tidak sampai seminggu.

Lantaran itu MH segera melawat Riz yg berada di Hospital Pakar Damansara. Ketika ditemui Riz baru selesai mencuci luka pembedahannya dan daripada riak wajah Riz jelas kesakitan yg terpaksa ditanggung olehnya.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, tenang Riz menyatakan segalanya bermula pada hari raya Haji yg lalu.


“Saya tidur pada pagi Hari Raya Haji kedua dan ketika tidur saya bermimpi yg saya mengalami sakit perut yg amat sangat. Rupa-rupanya bukan mimpi kerana ketika terjaga perut saya memang sakit sangat. Sepanjang hari itu saya berguling menahan kesakitan dalam rumah.

“Sebab dah tak tahan malam itu saya pergi dapatkan rawatan di klinik dan doktor syak saya ada penyakit ‘apendiks’. Terus saya ke hospital dan pada malam itu juga, saya menjalani pembedahan selama satu jam lebih,”
cerita Riz.

DUA KALI MASUK HOSPITAL


Setelah empat hari berada di hospital, Riz kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah. Namun hanya sempat berada di rumah selama sehari Riz dikejarkan semula ke hospital.

“Sehari saja saya berada di rumah sebelum saya lihat luka saya bengkak dan berwarna merah. Malam itu waktu saya nak tidur saya terbau bangkai. Ingatkan ada bangkai binatang rupanya waktu saya selak selimut badan saya yg berbau bangkai.


“Nanah dan cecair pekat warna coklat kekuningan mengalir keluar daripada luka pembedahan tersebut. Memang bau macam bangkai sebab banyak yg keluar sampai berkotak-kotak tisu saya gunakan untuk lap,” ujarnya lagi.

Riz juga memberitahu yg dia kecewa tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan kakaknya yg berlangsung pada 5 Disember yg lalu. Selain itu, Riz juga terpaksa menolak tawaran persembahan kerana keadaan dirinya yg belum lagi stabil.


(Petikan daripada majalah Media Hiburan keluaran 19-25 Disember 2009)


***Ketika ini keadaan Riz sudah kembali pulih dan telah kembali memenuhi undangan show. Namun dalam masa yg sama, Riz kini menjaga pemakanannya agar tidak mendatangkan mudarat pada tahap kesihatannya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails